Apa itu Islam?
Islam ialah agama wahyu yang diturunkan kepada nabi- nabi dan rasul rasul dan yang terakhir ialah nabi Muhammad S.A.W.
Apakah musuh utama manusia/orang islam?- Jahil
Rasullah diutus kepada orang-orang arab jahiliah
Sama erti perkataan jahil? -BODOH
Orang Bodoh bolehkah kena tipu? -Boleh
Untuk keluar dari jahil perlu ada? – Ilmu
ALLAH AKAN MENINGGIKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DI ANTARAMU DAN ORANG-ORANG YANG DIBERI ILMU PENGETAHUAN BEBERAPA DERAJAT (Al Mujaadillah 11)
-Ilmu apa mesti ada?
1. Ilmu Tauhid.
2. Ilmu Fekah.
3. Ilmu Tasauf.
4. ILMU HAQ

-Apabila seseorang itu mengucapkah ASHADUALLAILAHAILLALLAH
Apa terjemahan melayu?
Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
Aku bersaksi-siapa bersaksi?
-Saya
siapa yang menyaksikan?
-Allah
Apa kita kata?
-“Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah”
Apa maksud tiada tuhan yang disembah melainkan Allah?
-Hanya Allah sahaja Tuhan aku
Apa kita sedang buat?
-Kita sedang mengEsakan Allah.
perbuatan kita sama ada kita berjalan, tidur, bekerja kita sedang mengEsakan Allah.
Bagaimana Allah Esa?
-Esa Allah pada Zat
perbuatan kita sama ada kita berjalan, tidur, bekerja kita sedang mengEsakan Allah.
Bagaimana Allah Esa?
-Esa Allah pada Zat
Sama atau tidak tukang masak dengan hasil masakkanya?
Sama atau tidak tukang besi dengan hasil tukangannya?
Sama atau tidak Allah dengan ciptaannya?
-Tentu tidak sama
Apa yang tidak sama?
-ZAT ALLAH
ERTI ZAT IALAH DIRI ALLAH ITU SENDIRI
DIRI ALLAH DIPANGGIL ZAT
DIRI CIPTAAN ALLAH DIPANGGIL JISIM
Syaitan itu ghaib atau tidak?
-Barangsiapa mengatakan syaitan itu ghaib – sirik
Alasan A
i. -Pernahkah syaitan berjumpa Rasulullah? -ya
ii.-Pernahkah Rasullah berjumpa Allah? -ya
Bila? –Semasa Israk Mikraj
iii. -Pernahkah Rasullulah tengok Allah? -tidak
Dari dua peristiwa ini siapa yang Rasullah tidak tengok?
-Allah
Apa yang tidak dilihat oleh Rasullah?
-Zat Allah
Yang ghaib hanyalah? - Zat Allah
Barangsiapa mengatakan syaitan itu ghaib dia telah menyamakan Allah dengan syaitan
-Rasullah pernah tengok syurga, neraka, bidadari, alam barzah dan semuanya kecuali Zat Allah.
Rasullah manusia, keturunan Nabi Adam – kita juga manusia keturunan Nabi Adam
-Jika salah seorang sudah melihat maka ia sudah tidak ghaib.
Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan: ’Pemandangan tidak sampai kepada-Nya”. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan:”Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah.”
(Muslim)
Hadith :
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Adakah anda melihat Allah?” Jawab baginda:”Dia Maha Cahaya, bagaimana aku dapat melihatnya?”
(Muslim)
Hadith :
Dari Abdullah bin Syaqiq, katanya: “Kataku kepada Abu Zar: Sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. nescaya kutanyakan kepada beliau suatu soalan. Kata Abu Zar:” Tentang apa?” Jawab Abdullah:” Apakah tuan melihat Allah?” Kata Abu Zar:” Itu pernah ku tanyakan kepada beliau, dan dijawabnya:” Saya hanya melihat sinar (nur)”.
(Muslim)
BAGAIMANA ALLAH ESA?
i. Esa Allah pada Zat yang Ghaib.
Kalau ada apa saja jelmaan mengaku tuhan dan sebagainya itu bukan tuhan kerana Zat Allah adalah Ghaib lebih-lebih lagi masa hendak mati syaitan akan datang mengaku sebagai tuhan. Perkataan Ghaib adalah sebagai kunci untuk membezaakan Zat Allah dengan ciptaannya.
Alasan B
Semasa Nabi Idris menjahit terdengar suara iblis bertanya kepada Nabi Idris bolehkah Allah masukkan dunia ke dalam lubang jarum?
Nabi Idris telah mencucuk mata iblis mengunakan jarum menyebabkan mata iblis buta.
-Dari dua peristiwa di atas pengajarannya
-syaitan tidak ghaib
-jika matanya boleh buta angota yg lain juga boleh dicederakan malah boleh dibunuh.
Nabi Idris adalah bani adam kita juga bani adam.
-Nabi Musa Berhajat untuk melihat Allah semasa bermunajat di gunung Tursina, Musa berkata “Ya Tuhan ku, nampakkanlah (Diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau” Tuhan berfirman: “kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku”. Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikan gunung itu hancur luluh dan Musapun jatuh pingsan. (AL A’ARAAF 143)
Awal bulan ramadan wakil(mufti) melihat anak bulan adakah orang lain yang tidak melihat wajib berpuasa?
Alasan C
Allah berfirman dalam surah yasin
-Wahai bani adam jangan kamu sembah syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang NYATA (ayat 60)
-Apa sebab tak nampak?
i. terlalu jauh
ii. terlalu dekat
iii. tersorok
iv. buta