PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL

WAHAI ALLAH ENGKAU BERILAH AKU ILMU HAQ YANG BERMANAFAAT KEPADA DIRI KU DAN ORANG LAIN DAN ENGKAU LINDUNGILAH AKU DARI ILMU BATHIL YANG MENYESATKAN AKU DAN ORANG LAIN

ASSALAMUALAIKUM

Hadith :
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

PERSIDANGAN / PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH / DIALOG

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.
7. TEKNIK MENCABUT SAKA (30 tahun pengalaman)
8. TEKNIK MENGALAHKAN MUSUH BATHIL DARI JARAK JAUH DENGAN ILMU HAQ.
9. PLAN PEMBENTUKAN DAN PERALIHAN KUASA SISTEM KHALIFAH DENGAN ILMU HAQ.


Sama-samalah kita semua ambil ilmu yang Haq sahaja, mana-mana yang Bathil sama-samalah kita pulangkan.

Oleh kerana ramai yang bertanyakan tentang dvd tuan-tuan boleh membuat tempahan dengan memberikan alamat dan membuat sumbangan. Insaallah sumbangan anda akan digunakan ke jalan Allah.
Kos proses dan belanja pos DVD RM 20.00 kandungan ilmu percuma(kerana Allah) tidak dijual. DVD ini adalah pakage penerangan asas dan konsep serta teknik-teknik asas yang perlu difahami manakala teknik-teknik yang lebih "intermediate" dan "advance" akan diberikan setelah dapat memahami dan mempraktiskan konsep yang asas.
Kepada para penonton VIDEO ILMUHAQ 5 jam sila tulis semula isi kandungan dialog agar tuan-tuan dapat mengingati dan lebih faham untuk rujukan dan ingatan. Jika ingin memberi sumbangan Akaun Tabung Haji 030101000137670(Ismail Baharuddin)

Untuk penerangan lanjut sila hubungi 6019-3619305 / email: ilmuhaq@yahoo.com.my

10 Ogos 2014

JANGAN TONTON FILEM HINDUSTAN/TAMIL

JANGAN TONTON FILEM HINDUSTAN/TAMIL DAN YANG SEERTI DENGANNYA

Pelakon banyak mengamal amalan madian bunga maka banyak syaitan dalam diri mereka tambahan lagi mereka kebanyakkannya hindu.

Amalan madian bunga juga popular di kalangan masyarakat melayu malah banyak tempat memberi perkhidmata SPA.

sesiapa buat amalan mandi bunga, mandi limau, mandi daun daun sintuk sesiapa yg dapat menilai boleh membezakanya. Salah satu kesannya sembahyang dah hilang khusuk. orang yang melihatnya menjadi tertarik kena syihir walaupun tak cantik tetapi mengila kalau boleh nak kawin terus.

bila anda tonton filem yang banyak unsur syirik dan mengamalkan kebathilan segala syaitan yang anda tonton dan seronok akan masuk kedalam diri anda dan kesannya anda jadi tungangan syaitan dan macam-macam ketidak selesaan serta perkara negative akan menimpa anda.

30 April 2014

AKTIVITI MEMBAKAR KEMENYAN/GHARU MENGUNDANG SYAITAN

Aktiviti membakar kemenyan atau gaharu kebanyakkan dilakukan oleh pengamal pengamal ilmu hitam seperti bomoh, pawang dan dukun. Ada juga ia diamalkan dalam majlis kenduri kesukuran oleh sesetengah masyarakat, di masjid, masjid india dan rumah rumah. Di tanah arab juga aktiviti ini meluas diamalkan dan terdapat banyak jenis kemenyan dan berbagai bagai bauan. jika anda berjalan-jalan di kedai-kedai sekitar madinah terdapat juga peniaga menjual batu kemenyan berketul ketul boleh tahan juga besarnya dan peralatan membakar kemenyan dari yang sekecil-kecil sehinggalah yang begitu besar sama ada mengunakan bahan pemanas elektrik dan sebagainya.

Apakah kesan dan akibat amalan membakar kemenyan? adakah ia hanya sekadar suka-suka untuk mendapatkan bau haruman ada yang berbau kurang enak dan ada juga yang bau pening macam colok cina?

Sesiapa yang dibukakan hijab oleh Allah akan dapat melihat dan merasai kesan dari aktiviti membakar kemenyan atau gaharu. Kesannya ialah syaitan, jin dan sekutu sekutunya sangat suka dengan amalan ini dan akan datang berduyun duyun ke majlis tersebut serta dengan mudah memasuki tubuh orang yang membuat dan menjadikan tubuhnya sarang makhluk halus durjana. orang yang dijadikan markas oleh makhluk durjana akan sangat mudah dikawal dan dihasut ke arah kejahatan dan berbagai bagai lagi sifat buruk akan diperolehi seperti panas baran, sembahyang tidak khusuk, malas solat, keyakinan kepada Allah bolak balik, hati resah gelisah, hidup tak tentu arah dan banyak lagi keburukan.

Adalah dinasihatkan supaya jangan buat amalan aktiviti membakar kemenyan/gaharu/colok walau apa alasan sekalipun.

Ada juga sesetengah negeri oleh kerana kejahilan para pemimpin mereka mengalakkan menanam kayu gaharu untuk pasaran komersal seperti negeri kelantan dan beberapa negeri yang lain.

30 Mac 2014

MENUNAIKAN UMRAH 31 MAC HINGGA 10 APRIL 2014

InsaAllah berangkat ke tanah suci pada jam 2.20 pagi waktu malaysia.

Doakan segalanya selamat dan dimudahkan Allah.

kepada yang hendak membuat temujanji harap bersabar dan boleh menghubungi semula setalah kembali ke tanah air.

11 Januari 2014

OPERASI MENCABUT SAKA DI SANDAKAN SABAH PADA 23 OKTOBER 2013

Lokasi Terlibat

1. Kota Kinabatangan
2. Tawau Kolej
3. Institut Perguruan
4. Kampung Kuala
5. KB Pantai Apit
6. Brungis Tuaran
7. Sembulan

OPERASI MENCABUT SAKA DI PADANG INDONESIA 10 SEPTEMBER HINGGA 15 SEPTEMBER 2013

Bertolak dari  KLIA ke Lapangan terbang Minangkabau


Perjalanan dari padang ke tapan menaiki kereta sejauh 200 km bertolak dari pukul 4.00 petang tiba pukul 10.00 malam waktu Indonesia. keadaan jalan bertar tetapi kecil satu lorong.

Lokasi terlibat

1. Padang
2. Tapan
3. Muaraiman
4. Bangkor