PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL

WAHAI ALLAH ENGKAU BERILAH AKU ILMU HAQ YANG BERMANAFAAT KEPADA DIRI KU DAN ORANG LAIN DAN ENGKAU LINDUNGILAH AKU DARI ILMU BATHIL YANG MENYESATKAN AKU DAN ORANG LAIN

ASSALAMUALAIKUM

Hadith :
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

PERSIDANGAN / PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH / DIALOG

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.
7. TEKNIK MENCABUT SAKA (30 tahun pengalaman)
8. TEKNIK MENGALAHKAN MUSUH BATHIL DARI JARAK JAUH DENGAN ILMU HAQ.
9. PLAN PEMBENTUKAN DAN PERALIHAN KUASA SISTEM KHALIFAH DENGAN ILMU HAQ.


Sama-samalah kita semua ambil ilmu yang Haq sahaja, mana-mana yang Bathil sama-samalah kita pulangkan.

Oleh kerana ramai yang bertanyakan tentang dvd tuan-tuan boleh membuat tempahan dengan memberikan alamat dan membuat sumbangan. Insaallah sumbangan anda akan digunakan ke jalan Allah.
Kos proses dan belanja pos DVD RM 20.00 kandungan ilmu percuma(kerana Allah) tidak dijual. DVD ini adalah pakage penerangan asas dan konsep serta teknik-teknik asas yang perlu difahami manakala teknik-teknik yang lebih "intermediate" dan "advance" akan diberikan setelah dapat memahami dan mempraktiskan konsep yang asas.
Kepada para penonton VIDEO ILMUHAQ 5 jam sila tulis semula isi kandungan dialog agar tuan-tuan dapat mengingati dan lebih faham untuk rujukan dan ingatan. Jika ingin memberi sumbangan Akaun Tabung Haji 030101000137670(Ismail Baharuddin)

Untuk penerangan lanjut sila hubungi 6019-3619305 / email: ilmuhaq@yahoo.com.my

17 Disember 2011

ADAKAH SAMA ANTARA FAKTA DENGAN PENDAPAT?

PENDAPAT:

1. Mungkin benar mungkin juga salah
2. Belum tentu benar belum tentu salah

FAKTA:

1. Semestinya benar
2. Tidak dapat ditolak

CONTOH:

Apakah rasanya gula?
Apakah rasanya garam?

ada yg berpendapat gula kelat, garam masin,
ada yg berpendapat gula manis, garam pedas.

FAKTANYA:

gula manis
garam masin

Semestinya benar.
tidak boleh ditolak. 

09 Disember 2011

OPERASI MENCABUT SAKA DI BRUNEI 3 HINGGA 9 DISEMBER 2011

Atas jemputan seorang individu yang memerlukan perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah ganguan yang sudah banyak tempat berubat namun masih tiada penyelesaian.

Bertolak dari kuala Lumpur ke Bandar Sri Bengawan untuk beberapa hari kemudian meneruskan lokasi melalui Limbang dengan jalan darat dan seterunya tiba ke Kota Kinabalu.

Alhamdulillah operasi berjalan lancar dan banyak perubahan dapat dirasai sendiri oleh individu terbabit  apabila saka keluar dari tubuh.

Ayuh mari cabut saka anda silalah buat temujanji dan rasai sendiri nikmat hasil saka tercabut dari tubuh. 

15 November 2011

MENCABUT SAKA DI KUCHING & BINTULU SARAWAK

Dari 3 hingga 8 November bertolak dari kuala lumpur ke kuching sarawak atas jemputan dan urusan mencabut saka. Seramai lebih kurang 40 individu dari satu punca keturunan yang ada pertalian darah telah dicabut saka secara pakage.

Alhamdulillah operasi berjalan lancar.

untuk penyelasaian masalah saka bagi mendapatkan hasil yang terbaik saka hendaklah di cabut secara keseluruhan dalam keturunan kekeluargaan yang ada pertalian darah bukan hanya seorang individu sahaja yang menderita. Serangan saka bukan pada hanya orang tertentu sahaja tetapi pada keseluruhan keturunan cuma bezanya sama ada ketara dengan nyata atau tanpa di sedari namun ia tetap menyerang dan akan terus bertahta pada anak cucu cicit jika tidak diputuskan.

kepada sesiapa yang berhajat membersihkan saka dan mencabutnya dari rangkaian keturunan silalah buat temujanji untuk khidmat rundingan.

06 Oktober 2011

MEMANCUNG SYAITAN BETINA

Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a.,beliau berkata: al-Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid.sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tebanglah batang yang pertama." Lalu Khalid pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapan dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut,Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.



POKOK YANG YANG DIGEMARI MENJADI RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS, SAITAN, JIN, BUNIAN DAN SEKUTU DENGANNYA

1. Pokok pinang merah,
2. Pokok pinang kuning yang hidup secara rumpun,
3. Pokok ru,
4. pokok ketapang, pokok beringin, pokok kekabu,
5. pokok dedalu,
6. pokok tanduk rusa(langsuir).
7. pokok ara
8. pokok rotan (jangan guna kerusi/tikar atau apa saja bahan yg diperbuat dari rotan), jangan pukul anak2 dengan rotan nanti setan dari rotan masuk dlm diri anak. kalau nak pukul untuk pengajaran gunakan ranting selain rotan.
9. pokok gaharu
10. pokok kemenyan
11. pokok buah gatal, pokok ini macam pokok pinang berdaun pecah2 buahnya kecil2 kalau kena kulit rasa gatal. 



Kerana: pokok ini dihuni dan digemari oleh makhluk durjana. Paling baik tebang dan bakar pokok tersebut.

Jangan tanam pokok tersebut.

HAIWAN PEMBAWA DAN MENJADI TUNGGANGAN MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS, SAITAN, JIN, BUNIAN DAN SEKUTU DENGANNYA

1. Kelawar,
2. keluang
3. burung murai
4. katak
5. belalang plesit
6. Ikan kelisa (jangan pelihara)
Jika haiwan ini masuk kerumah anda bunuh haiwan ini dan makhluk durjana sekali

MARKAS DAN TEMPAT KEDIAMAN MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS, SAITAN, JIN, BUNIAN DAN SEKUTU DENGANNYA

1. Tokong
2. Kuil
3. Gereja
4. Kubur budha, kristian dan orang yang mati tidak beriman kepada ALLAH
5. Semua rumah ibadat yang mensyirikkan Allah
6. Mana-mana tempat yang menjadi pujaan dan sembahan menyekutukan ALLAH

MAKANAN YANG MENGUATKAN BATHIN DAN DITAKUTI OLEH MAKHLUK HALUS DURJANA

1. Pulut
2. Rebung

makanlah selalu baik untuk diri boleh dimasak apa saja ikut selera masing2. tapi jangan ada kepercayaan yang salah seperti amalan pulut kuning.

mungkin ada sesetengah pihak mempertikaikan kenyataan ini namun kami sedia bermuzakarah untuk membuktikan kebenarannya.



11 September 2011

MINUM AIR ZAM ZAM DENGAN DOA INI

MINUM AIR ZAM-ZAM DENGAN DOA INI

Segala puji-puji bagi Allah yang Esa pada Zat yg Ghaib, Esa pada sifat Takabur, Esa pada Perbuatan, Esa pada Nama, Esa pada Wajah. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. ahli bait baginda, sahabat sahabat baginda, kaum mukminin mukminat, muslimin muslimat.

Ya Allah aku berserah kepada Mu, aku beriman kepada Mu, aku bertawakal kepada Mu, aku kembali kepada Mu dan aku berjuang kerana Mu. Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan Mu, Aku naik saksi tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Engkau yang benar, janganlah aku disesatkan(3x). Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya pasti mati.

Wahai Allah Engkau bersihkanlah, Engkau keluarkanlah, Engkau musnahkanlah, Engkau binasakanlah, Engkau hancurkanlah segala jisim kejahatan iblis, syaitan, jin, bunian, syaitan manusia, polong, pleset, hantu raya, saka, badi manusia*, badi binatang*, roh roh yang jahat, sihir sri muka, sihir penunduk, sihir pengasih, lelaki dan perempuan yang jahat yang mengkhianati diriku, ilmu bathil yang mengkhianati zahirku, batinku, batin dalam batinku dan ampunilah dosa ku yang aku lakukan dengan sengaja dan tidak sengaja dengan izin Allah dari keberkatan air zam-zam dan keberkatan pengorbanan Ibrahim a.s. Ismail a.s. Hajar a.s dan berkat kalimah Haq................


LAILLAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH

01 September 2011

MINYAK DAGU SEJENIS ILMU SIHIR

Sebuah darul yang terkenal dengan pangilan Darul Saka yang di kepalai seorang bomoh mengelarkan diri sebagai Tok Belagak merupakan tokey minyak dagu di jual dengan harga ribuan ringgit malah sehingga mencecah 2500 $ RM dengan berbagai-bagai gred. jika di lihat melalui laman blog mereka banyak lagi ilmu-ilmu berbentuk sihir yang di jaja dan mencari pengikut untuk di ajarkan ilmu bathil berkenaan.

Apa yang menghairankan laman sedemikian seolah-olah mendapat restu dari jabatan agama islam selangor. Ada satu laman yang berusaha menentang perkara-perkara yang bathil telah disekat oleh tangan-tangan jais dan jakim tanpa rundingan malah permohonan untuk berdialog juga tidak diendahkan. Boleh lah di andaikan laman yang menegakkan yang HAQ disekat yang BATHIL dibiarkan berleluasa.




Sesiapa yang terkena ilmu minyak dagu atau apa jua jenis sihir ada cara untuk memusnahkan segala syaitan dari perbuatan tersebut jika tepat kaedahnya.

Ayuh mari pelajari teknik memusnahkan sihir minyak dagu dan apa jua sihir.

INSAALLAH ANDA DAN KELUARGA BOLEH MELAKUKANNYA.

08 Ogos 2011

Mencabut saka di Papar dan Keningau Sabah.

sebanyak 3 keluarga termasuk anak-anak termasuk cucu cicit telah dicabut saka mereka. Selama ini ada di antara anak-anak kecil mereka asik menangis senangis nangisnya lain macam punya nangis.

setelah saka dicabut, mereka memaklumkan jiwa terasa lapang dan tenang berbanding sebelumnya sembahyang bertambah khusuk.

ubat itu sebenarnya ada pada diri anda.

Mencabut saka di Brunei

kali ini turun ke Brunei atas jemputan seorang hamba Allah selama 4 hari berada disana.
sebanyak lebih kurang 20 keluarga lebih 100 individu telah dicabut saka mereka.

selama ini mereka menghadapi berbagai berbagai masalah dan macam-macam penyakit serta ganguan-ganguan rohani yang membelengu kehidupan mereka.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selesai.

25 Julai 2011

IBLIS, SYAITAN, JIN DAN SEKUTU-SEKUTUNYA BOLEH DIBUNUH ATAU TIDAK?

Ramai kata makhluk durjana tak mati sehingga kiamat ada juga yang kata boleh dibunuh dan boleh mati lebih awal.

mari kita cari fakta yang menyokong kedua-dua pandangan.

Surah Al Hijr

36. Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan" .
*ini hanyalah permohonon iblis.
37. Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,


38. sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan"


*Allah hanya menyebut "sampai hari waktu yang telah ditentukan" sampai bila? hanya Allah sahaja yang tahu paling tepat. tidak dinyatakan sampai kiamat, hanya para tafsir yang menyebut kiamat. manakala kiamat ada 2 iatu kiamat besar dan kiamat kecil. manusia juga umurnya sampai hari waktu yang telah ditentukan.


ada lagi pendapat jin, syaitan boleh dibunuh tetapi iblis tidak boleh.


surah Al-kahfi


50. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.


*iblis dari golongan jin. jin ada yang beriman ada yang tidak beriman jadi syaitan jin. manusia yang yang jahat di panggil syaitan manusia.


keturunan jin sampai hari kiamat begitu juga keturunan manusia sampai hari kiamat ini bukan berarti ia tidak mati2 sehingga kiamat. 



Hadith:

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.”

(Muslim)
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



*ada hadis yang memerintahkan membunuh syaitan jin. sedangkan jin boleh dibunuh dan iblis juga dari golongan jin lagilah boleh. sama ada iblis yang enggan sujud kepada nabi adam a.s. Allah nak kekalkan sehingga hari kiamat itu haq Allah. mana-mana yang datang menonjolkan diri berarti mereka hendak merosakkan iman maka bunuh saja. keturunan makhluk durjana ini banyak tak perlu kusutkan fikiran ia tidak boleh mati dan macam2 lagi sedangkan Rasulullah s.a.w. dah suruh bunuh maka bunuhlah. macammana nak bunuh? tuan2 perlulah luangkan masa mendengar penjelasan sekurang2nya 4 jam untuk faham konsep dan teknik2nya.

23 Julai 2011

PENGAMBILAN MADU TUALANG KEBANYAKKANNYA BERUNSUR PEMUJAAN (SYIRIK)

Madu tualang adalah madu daripada lebah yang berada di dalam hutan di atas pokok yang tinggi. hanya mereka-mereka yang sanggup sahaja sanggup memanjat dan mengambilnya.
kebanyakkan kaedah sebelum mengambil madu tualang akan di adakan ritual pemujaan meminta izin penjaga kepada madu tualang. Siapakan penjaga madu tualang ini? penjaga yang sebenarnya adalah Allah namun mereka meminta selain Allah. melihat cara ritual yang dilakukan dengan menyayi bahasa yang tidak difahami penjaga itu merujuk selain Allah. jika selain Allah siapa lagi tentulah syaitan dan kuncu-kuncunya.

perbuatan ini salah dan syirik maka hasil madu yang diperolehi dengan jalan syirik hasilnya kotor zulumat. maka sesiapa yang makan madu dari hasil pemujaan ini akan kena tempiasnya syaitan dapat masuk dan menguasai madu ini dan sesiapa yang memakannya akan dapat syaitan daripada hasil dari ritual ini syaitan akan masuk ke tubuh orang yang makan madu ini.

saya nasihatkan agar jangan makan madu tualang sebagai langkah berhati2. bukan madu tualang sahaja malah madu2 kampung yang di ambil dari kebun2, belukar2 juga ada yang mengunakan ritual salah.

makanlah madu yang diternak insaAllah ia melalui proses teknologi tidak mengunakan ritual harap-harap begitulah.

untuk rujukkan bagaimana madu tualang di ambil boleh rujuk rancangan.

RTM 1 rancangan IKS jam 11.00 pagi 23/7/2011

ALLAH MENCIPTAKAN TIAP-TIAP HAIWAN YANG BERGERAK ITU DARI AIR

24:45. Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
24:45. And Allah has created every animal from water: of them there are some that creep on their bellies; some that walk on two legs; and some that walk on four. Allah creates what He wills for verily Allah has power over all things.
15:26. And certainly We created man of clay that gives forth sound, of black mud fashioned in shape.
15:27. And the jinn did We create aforetime of essential fire.

12 Julai 2011

Mencabut saka di Semporna Sabah

Seramai anggaran lebih 20 keluarga lebih 150 orang terlibat dalam kerja-kerja mencabut saka.

Saka bukanlah kepunyaan kita namun ia milik keturunan dan ia bukan baik untuk disimpan dalam tubuh badan.

setelah saka dicabut kemurungan yang membelengu selama ini bertahun-tahun bertukar lapang dan tenang. Ada diantara mereka yang sukar melelapkan mata sehingga lewat malam selama bertahun tahun akibat dari ganguan saka.

Alhamdulillah banyak perubahan besar setelah saka di cabut dari keluarga yang terlibat.

26 Jun 2011

KASIHAN BERUBAT DENGAN DARUL S**A

NAMPAK MACAM BETUL HAKIKATNYA BATHIL
NAMPAK MACAM SIHAT HAKIKATNYA TAMBAH SAKIT

saya bukan nak menuduh dan menfitnah jauh sekali dengki atau iri hati dengan kejayaan yang dicapai oleh pusat rawatan yang dipelopori oleh nama besar dato HD. saya sedih dan kasihan kepada pesakit yang mendapat rawatan dengan pusat rawatan tersebut.

ramai orang awam terkeliru dengan kemashuran beliau untuk mendapatkan rawatan disitu.

seorang bekas anak murid beliau dari berunei memberitahu bahawa berubat dengan mandi darah merpati putih di bolehkan kata beliau.

Dalam sebuah buku perubatan nubuah hd ada menyatakan untuk mempercepatkan dapat jodoh dengan melakukan amalan mandi bunga. mandi bunga adalah ritual amalan penganut hindu. sesiapa yg buat amalan ini maka makhluk halus durjana sangat suka dan dapat masuk kedalam tubuh serta menjadikan sarangnya.

Sesiapa yang dibukakan mata hati oleh Allah dapat melihat makhluk halus Insaallah pusat rawatan tersebut penuh dan mengunakan jin untuk merawat. kesan dari rawatan contoh pesakit yang agrasif akan jadi diam sebab dah di kawal oleh jin dan pesakit sukar untuk melakukan perintah Allah seperti tidak mahu solat dan sebagainya kerana jin-jin dan syaitan-syaitan tidak suka manusia taat perintah Allah.

19 Jun 2011

USAHA TABLIGH SANGAT BAGUS NAMUN ORANG YG BUAT USAHA DIBELENGGU KEBATHILAN

Banyak masa, diri dan harta telah di korbankan oleh orang-orang yang buat usaha tabligh. Pengorbanan ini sangat mulia bukan semua orang mampu melakukan pengorbanan tanpa mengharapkan ganjaran dunia. Kerja tabligh merupakan fardhu kifayah bahkan sepatutnya setiap individu merebut peluang yang sangat mulia ini. Jika para sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. tidak keluar dijalan Allah menyampaikan iman ke seluruh pelusuh dunia dan disambung dari semasa ke semasa mungkin kita pada hari ini entah apa kepercayaan dan agama yang kita anuti. Tidak dapat di nafikan dengan usaha jemaah tabligh manusia datang kepada ibadah.

Sungguh menyedihkan suatu usaha yang sangat mulia ini banyak dicemari oleh indivdu yang masih mengendong bersama ilmu bathil. Buat usaha jemaah masjid,  gash, fikir harian, keluar 3 hari setiap bulan, 40 hari, 4 bulan, 1 tahun namun ilmu bathil masih bersama. Untuk mendapatkan hakikat enam prinsip sangat sukar kerana ilmu bathil masih bersama. Bayan 6 perinsip memang lancar namun hanya pada lidah tidak dalam hati.

Apa tujuan utama keluar di jalan Allah? Rata-rata orang tabligh akan kata untuk baiki diri, ya itulah jawapan yang terbaik bukan baiki orang lain. Jika tujuan utama untuk baiki orang lain mungkin orang lain jadi baik mungkin tidak yg pasti diri sendiri tak jadi baik. Saya ingin bertanya orang lama-lama yang dah buat usaha 10 tahun, 20 tahun bahkan lebih adakah diri kita makin hari bertambah baik, sembahyang bertambah khusuk dan berkualiti, hati tidak suka ke arah maksiat bahkan suka dan cinta kepada kebaikan. Jika tanda-tanda ini ada Alhamdulillah tetapi jika sama saja bahkan lagi teruk dari sebelum buat tabligh maka itu tandanya ada ilmu bathil yang masih bersama belum dikeluarkan lagi. Walaupun tuan-tuan kata dah tinggalkan dan tak buat tetapi kesan amalan bathil belum lepas dari diri tuan-tuan.

Saya menyeru kepada kita orang tabligh agar fahami apakah ilmu bathil, mana satu yang haq dan mana satu nampak secara kasar Haq hakikatnya Bathil.

Alangkah indah dan hebatnya kesan usaha tabligh kita jika kita buat gash, jadi mutakalim, khususi, jadi amir, keluar 3 hari, 40hari, 4 bulan, 1 tahun tanpa dikuasai dan jadi tungangan syaitan. Cuba renungkan buat gash, jadi mutakalim hati dan perkataan diselaputi zulumat apa kesannya kepada umat dan orang yang mendengar. Sebab itulah antara jemaah bergolak mudah pecah hati, timbul puak-puak dalam jemaah ini semua kerana individu2 tersebut dapat dikuasai oleh syaitan dengan mudah untuk diporakperandakan malahan lagi ramai yang tidak tahu teknik untuk membelasah dan memusnahkan syaitan.

Tentunya ada persoalan syaitan dah kalah dan lari disebabkan seseorang itu baca ayat al quran, solat, berdoa, puasa, benar kenyataan ini jika orang yang beramal iman betul kepada Allah, bersih dan bebas dari ilmu bathil. Berapa ramai yang mendakwa menghadapi ganguan baca ayatul kursi namun ganguan masih juga tidak pergi kenapa? Jawapannya kerana orang yg membaca kotor tidak bersih maka bacaannya juga kotor dan tidak berkesan.

Oleh yang demikian marilah dapatkan penerangan ILMU HAQ dan ILMU BATHIL serta kaedah membersih dan mengeluarkan kebathilan yang ada pada diri kita.

18 Jun 2011

MENERIMA JEMPUTAN DARI BERUNEI DARUL ZIKIR

ALHAMDULILLAH BARU BALIK DARI BERUNEI MENERIMA JEMPUTAN DI SANA MEMBUAT PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL SERTA MENOLONG ORANG-ORANG DI SANA YANG MENGHADAPI MASALAH SAKA, GANGUAN-GANGUAN SERTA BERBAGAI-BAGAI MACAM SERANGAN MAKHLUK-MAKHLUK DURJANA YANG JAHAT.
DI BRUNEI DARI 7 JUN HINGGA 15 JUN 2011 SAMBUTAN SANGAT MENGALAKKAN SEMOGA HIJRAH DAN NUSRAH AKAN MENARIK RAHMAT ALLAH HIDAYAH KE SELURAH ALAM.

INSAALLAH BULAN HADAPAN ADA PERMINTAAN UNTUK DATANG KE BERUNEI LAGI.

KEPADA WARGA BERUNEI DI JEMPUT UNTUK TURUT SERTA MENYERTAI SESI PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL SERTA MENDAPATKAN RAWATAN MASALAH SAKA, GANGUAN-GANGUAN ATAU APA SAJA BENTUK SERANGAN MAKHLUK HALUS.

PENGEMBARAAN KE SELATAN FILIPINA

DARI 7 MEI HINGGA 15 MEI 2011 BERADA DI PIHIPINES MENOLONG ORANG YANG MENGHADAPI MASALAH SAKA SAMBIL MEMBUAT TINJAUAN KEADAAN MASYARAKAT DISANA. BERTOLAK DARI SEMPORNA KE BONGAO, SIMUNUL, BANARAN DAN TABAWAN.


HASIL TINJAUAN MASYARAKAT DI SANA SANGAT-SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN DARI SEGI KEIMANAN. INSAALLAH SEMOGA DI MUDAHKAN ALLAH UNTUK KE FILIPINA DAN BERADA 4 BULAN DI SANA UNTUK MENYAMPAIKAN PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL SERTA MENOLONG ORANG-ORANG YANG MENGHADAPI MASALAH SERANGAN MAKHLUK DURJANA. BANYAK AMALAN BATHIL MELINGKAR SAMA ADA SEDAR ATAU YANG TIDAK SEDAR BERADA DALAM MASYARAKAT BAIK DI SANA MAU PUN DI MANA-MANA JUA.

DASTINASI: BONGAO, SIMUNUL, BANARAN, TABAWAN.
  BONGAO ISLAND
 SIMUNUL ISLAND
BANARAN ISLAND
TABAWAN ISLAND
630 YEARS ISLAM IN THE PHLIPINES
filipina mempunyai banyak pulau yang menarik berpotensi untuk di majukan