PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL

WAHAI ALLAH ENGKAU BERILAH AKU ILMU HAQ YANG BERMANAFAAT KEPADA DIRI KU DAN ORANG LAIN DAN ENGKAU LINDUNGILAH AKU DARI ILMU BATHIL YANG MENYESATKAN AKU DAN ORANG LAIN

ASSALAMUALAIKUM

Hadith :
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

PERSIDANGAN / PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH / DIALOG

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.
7. TEKNIK MENCABUT SAKA (30 tahun pengalaman)
8. TEKNIK MENGALAHKAN MUSUH BATHIL DARI JARAK JAUH DENGAN ILMU HAQ.
9. PLAN PEMBENTUKAN DAN PERALIHAN KUASA SISTEM KHALIFAH DENGAN ILMU HAQ.


Sama-samalah kita semua ambil ilmu yang Haq sahaja, mana-mana yang Bathil sama-samalah kita pulangkan.

Oleh kerana ramai yang bertanyakan tentang dvd tuan-tuan boleh membuat tempahan dengan memberikan alamat dan membuat sumbangan. Insaallah sumbangan anda akan digunakan ke jalan Allah.
Kos proses dan belanja pos DVD RM 20.00 kandungan ilmu percuma(kerana Allah) tidak dijual. DVD ini adalah pakage penerangan asas dan konsep serta teknik-teknik asas yang perlu difahami manakala teknik-teknik yang lebih "intermediate" dan "advance" akan diberikan setelah dapat memahami dan mempraktiskan konsep yang asas.
Kepada para penonton VIDEO ILMUHAQ 5 jam sila tulis semula isi kandungan dialog agar tuan-tuan dapat mengingati dan lebih faham untuk rujukan dan ingatan. Jika ingin memberi sumbangan Akaun Tabung Haji 030101000137670(Ismail Baharuddin)

Untuk penerangan lanjut sila hubungi 6019-3619305 / email: ilmuhaq@yahoo.com.my

25 Julai 2011

IBLIS, SYAITAN, JIN DAN SEKUTU-SEKUTUNYA BOLEH DIBUNUH ATAU TIDAK?

Ramai kata makhluk durjana tak mati sehingga kiamat ada juga yang kata boleh dibunuh dan boleh mati lebih awal.

mari kita cari fakta yang menyokong kedua-dua pandangan.

Surah Al Hijr

36. Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan" .
*ini hanyalah permohonon iblis.
37. Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,


38. sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan"


*Allah hanya menyebut "sampai hari waktu yang telah ditentukan" sampai bila? hanya Allah sahaja yang tahu paling tepat. tidak dinyatakan sampai kiamat, hanya para tafsir yang menyebut kiamat. manakala kiamat ada 2 iatu kiamat besar dan kiamat kecil. manusia juga umurnya sampai hari waktu yang telah ditentukan.


ada lagi pendapat jin, syaitan boleh dibunuh tetapi iblis tidak boleh.


surah Al-kahfi


50. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.


*iblis dari golongan jin. jin ada yang beriman ada yang tidak beriman jadi syaitan jin. manusia yang yang jahat di panggil syaitan manusia.


keturunan jin sampai hari kiamat begitu juga keturunan manusia sampai hari kiamat ini bukan berarti ia tidak mati2 sehingga kiamat. 



Hadith:

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.”

(Muslim)
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



*ada hadis yang memerintahkan membunuh syaitan jin. sedangkan jin boleh dibunuh dan iblis juga dari golongan jin lagilah boleh. sama ada iblis yang enggan sujud kepada nabi adam a.s. Allah nak kekalkan sehingga hari kiamat itu haq Allah. mana-mana yang datang menonjolkan diri berarti mereka hendak merosakkan iman maka bunuh saja. keturunan makhluk durjana ini banyak tak perlu kusutkan fikiran ia tidak boleh mati dan macam2 lagi sedangkan Rasulullah s.a.w. dah suruh bunuh maka bunuhlah. macammana nak bunuh? tuan2 perlulah luangkan masa mendengar penjelasan sekurang2nya 4 jam untuk faham konsep dan teknik2nya.

23 Julai 2011

PENGAMBILAN MADU TUALANG KEBANYAKKANNYA BERUNSUR PEMUJAAN (SYIRIK)

Madu tualang adalah madu daripada lebah yang berada di dalam hutan di atas pokok yang tinggi. hanya mereka-mereka yang sanggup sahaja sanggup memanjat dan mengambilnya.
kebanyakkan kaedah sebelum mengambil madu tualang akan di adakan ritual pemujaan meminta izin penjaga kepada madu tualang. Siapakan penjaga madu tualang ini? penjaga yang sebenarnya adalah Allah namun mereka meminta selain Allah. melihat cara ritual yang dilakukan dengan menyayi bahasa yang tidak difahami penjaga itu merujuk selain Allah. jika selain Allah siapa lagi tentulah syaitan dan kuncu-kuncunya.

perbuatan ini salah dan syirik maka hasil madu yang diperolehi dengan jalan syirik hasilnya kotor zulumat. maka sesiapa yang makan madu dari hasil pemujaan ini akan kena tempiasnya syaitan dapat masuk dan menguasai madu ini dan sesiapa yang memakannya akan dapat syaitan daripada hasil dari ritual ini syaitan akan masuk ke tubuh orang yang makan madu ini.

saya nasihatkan agar jangan makan madu tualang sebagai langkah berhati2. bukan madu tualang sahaja malah madu2 kampung yang di ambil dari kebun2, belukar2 juga ada yang mengunakan ritual salah.

makanlah madu yang diternak insaAllah ia melalui proses teknologi tidak mengunakan ritual harap-harap begitulah.

untuk rujukkan bagaimana madu tualang di ambil boleh rujuk rancangan.

RTM 1 rancangan IKS jam 11.00 pagi 23/7/2011

ALLAH MENCIPTAKAN TIAP-TIAP HAIWAN YANG BERGERAK ITU DARI AIR

24:45. Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
24:45. And Allah has created every animal from water: of them there are some that creep on their bellies; some that walk on two legs; and some that walk on four. Allah creates what He wills for verily Allah has power over all things.
15:26. And certainly We created man of clay that gives forth sound, of black mud fashioned in shape.
15:27. And the jinn did We create aforetime of essential fire.

12 Julai 2011

Mencabut saka di Semporna Sabah

Seramai anggaran lebih 20 keluarga lebih 150 orang terlibat dalam kerja-kerja mencabut saka.

Saka bukanlah kepunyaan kita namun ia milik keturunan dan ia bukan baik untuk disimpan dalam tubuh badan.

setelah saka dicabut kemurungan yang membelengu selama ini bertahun-tahun bertukar lapang dan tenang. Ada diantara mereka yang sukar melelapkan mata sehingga lewat malam selama bertahun tahun akibat dari ganguan saka.

Alhamdulillah banyak perubahan besar setelah saka di cabut dari keluarga yang terlibat.