PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL

WAHAI ALLAH ENGKAU BERILAH AKU ILMU HAQ YANG BERMANAFAAT KEPADA DIRI KU DAN ORANG LAIN DAN ENGKAU LINDUNGILAH AKU DARI ILMU BATHIL YANG MENYESATKAN AKU DAN ORANG LAIN

ASSALAMUALAIKUM

Hadith :
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

PERSIDANGAN / PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH / DIALOG

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.
7. TEKNIK MENCABUT SAKA (30 tahun pengalaman)
8. TEKNIK MENGALAHKAN MUSUH BATHIL DARI JARAK JAUH DENGAN ILMU HAQ.
9. PLAN PEMBENTUKAN DAN PERALIHAN KUASA SISTEM KHALIFAH DENGAN ILMU HAQ.


Sama-samalah kita semua ambil ilmu yang Haq sahaja, mana-mana yang Bathil sama-samalah kita pulangkan.

Oleh kerana ramai yang bertanyakan tentang dvd tuan-tuan boleh membuat tempahan dengan memberikan alamat dan membuat sumbangan. Insaallah sumbangan anda akan digunakan ke jalan Allah.
Kos proses dan belanja pos DVD RM 20.00 kandungan ilmu percuma(kerana Allah) tidak dijual. DVD ini adalah pakage penerangan asas dan konsep serta teknik-teknik asas yang perlu difahami manakala teknik-teknik yang lebih "intermediate" dan "advance" akan diberikan setelah dapat memahami dan mempraktiskan konsep yang asas.
Kepada para penonton VIDEO ILMUHAQ 5 jam sila tulis semula isi kandungan dialog agar tuan-tuan dapat mengingati dan lebih faham untuk rujukan dan ingatan. Jika ingin memberi sumbangan Akaun Tabung Haji 030101000137670(Ismail Baharuddin)

Untuk penerangan lanjut sila hubungi 6019-3619305 / email: ilmuhaq@yahoo.com.my

11 September 2010

PERKHIDMATAN MENYELESAIKAN

PERKHIDMATAN MENYELESAIKAN

1.
       MASALAH SAKA
2.
       GANGUAN MAKHLUK HALUS
3.
       KENA TINDIH/HIMPIT
4.
       SIHIR, ILMU GUNA-GUNA
5.
       BUATAN ORANG, SANTAU
6.
       HISTERIA
7.
       MENCABUT PAGAR RUMAH
8.
       BERSIH RUMAH BERHANTU
9.
       MENCARI ORANG HILANG
10.
     MENGATASI STRESS
11.    SERTA BANYAK LAGI YANG BERKAITAN

*untuk pengetahuan umum saya bukan bomoh. Insaallah mengunakan kaedah yang tidak bertentangan dengan hukum syarak. Banyak kes telah berjaya diselesaikan dengan izin Allah. Jika berhajat boleh terus berhubung di no telefon yang tertera di atas.

06 Jun 2010

ESA ALLAH PADA ZAT. BAGAIMANA ALLAH ESA? APA ITU ZAT ALLAH?









Apa itu Islam?  
Islam ialah agama wahyu yang diturunkan kepada nabi- nabi dan rasul rasul dan yang terakhir ialah nabi Muhammad S.A.W.
Apakah musuh utama manusia/orang islam?- Jahil  
Rasullah diutus kepada orang-orang arab jahiliah
Sama erti perkataan jahil? -BODOH
Orang Bodoh bolehkah kena tipu? -Boleh
Untuk keluar dari jahil perlu ada? Ilmu  
ALLAH AKAN MENINGGIKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DI ANTARAMU DAN ORANG-ORANG YANG DIBERI ILMU PENGETAHUAN BEBERAPA DERAJAT (Al Mujaadillah 11)

-Ilmu apa mesti ada?
1. Ilmu Tauhid.
2. Ilmu Fekah.
3. Ilmu Tasauf.
 4. ILMU HAQ
 Bila bermula Ilmu Tauhid?
-Apabila seseorang itu mengucapkah ASHADUALLAILAHAILLALLAH
 Apa terjemahan melayu?
Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
 Aku bersaksi-siapa bersaksi?
-Saya
  siapa yang menyaksikan?
-Allah
Apa kita kata?
-“Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah”
    Apa maksud tiada tuhan yang disembah melainkan Allah?   
-Hanya Allah sahaja Tuhan aku
Apa kita sedang buat?
-Kita sedang mengEsakan Allah.
perbuatan kita sama ada kita berjalan, tidur, bekerja kita sedang mengEsakan Allah.
Bagaimana Allah Esa?
-Esa Allah pada Zat
Sama atau tidak tukang masak dengan hasil masakkanya?
Sama atau tidak tukang besi dengan hasil tukangannya?
Sama atau tidak Allah dengan ciptaannya?
-Tentu tidak sama
Apa yang tidak sama?
-ZAT ALLAH
ERTI ZAT IALAH DIRI ALLAH ITU SENDIRI
DIRI ALLAH DIPANGGIL ZAT
DIRI CIPTAAN ALLAH  DIPANGGIL JISIM
Syaitan itu ghaib atau tidak?
-Barangsiapa mengatakan syaitan itu ghaib – sirik
Alasan A
i.  -Pernahkah  syaitan  berjumpa Rasulullah? -ya
 ii.-Pernahkah Rasullah berjumpa Allah?   -ya
    Bila? –Semasa Israk Mikraj
iii. -Pernahkah Rasullulah tengok Allah?      -tidak

Dari dua peristiwa ini siapa yang Rasullah tidak tengok?
-Allah
Apa yang tidak dilihat oleh Rasullah?
-Zat Allah
Yang ghaib hanyalah?  - Zat Allah
 Barangsiapa mengatakan syaitan itu ghaib dia telah menyamakan Allah dengan syaitan
-Rasullah pernah tengok syurga, neraka, bidadari, alam barzah dan semuanya kecuali Zat Allah.
Rasullah manusia, keturunan Nabi Adam – kita juga manusia keturunan Nabi Adam
-Jika salah seorang sudah melihat maka ia sudah tidak ghaib.

Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah  mengatakan: ’Pemandangan tidak sampai kepada-Nya”. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan:”Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah.”

(Muslim)

Hadith :

Dari Abu Dzar r.a katanya:”Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Adakah anda melihat Allah?” Jawab baginda:”Dia Maha Cahaya, bagaimana aku dapat melihatnya?”

(Muslim)

Hadith :

Dari Abdullah bin Syaqiq, katanya: “Kataku kepada Abu Zar: Sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. nescaya kutanyakan kepada beliau suatu soalan. Kata Abu Zar:” Tentang apa?” Jawab Abdullah:” Apakah tuan melihat Allah?” Kata Abu Zar:” Itu pernah ku tanyakan kepada beliau, dan dijawabnya:” Saya hanya melihat sinar (nur)”.

(Muslim)

BAGAIMANA ALLAH ESA?
i.                    Esa Allah pada Zat yang Ghaib.

Kalau ada apa saja jelmaan mengaku tuhan dan sebagainya itu bukan tuhan kerana Zat Allah adalah Ghaib lebih-lebih lagi masa hendak mati syaitan akan datang mengaku sebagai tuhan. Perkataan Ghaib adalah sebagai kunci untuk membezaakan Zat Allah dengan ciptaannya.

Alasan B
Semasa Nabi Idris menjahit terdengar suara iblis bertanya kepada Nabi Idris bolehkah Allah masukkan dunia ke dalam lubang jarum?
Nabi Idris telah mencucuk mata iblis mengunakan jarum menyebabkan mata iblis buta.
-Dari dua peristiwa di atas pengajarannya
-syaitan tidak ghaib
-jika matanya boleh buta angota yg lain juga boleh dicederakan malah boleh dibunuh.
Nabi Idris adalah bani adam kita juga bani adam.
-Nabi Musa Berhajat untuk melihat Allah semasa bermunajat di gunung Tursina, Musa berkata “Ya Tuhan ku, nampakkanlah (Diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau” Tuhan berfirman: “kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku”. Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikan gunung itu hancur luluh dan Musapun jatuh pingsan. (AL A’ARAAF 143)


Awal bulan ramadan wakil(mufti) melihat anak bulan adakah orang lain yang tidak melihat wajib berpuasa?
Alasan C
Allah berfirman dalam surah yasin
-Wahai bani adam jangan kamu sembah syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang NYATA  (ayat 60)
-Apa sebab tak nampak?
i. terlalu jauh
ii. terlalu dekat
iii. tersorok
iv. buta

25 Mei 2010

ORDER DVD PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL

BERIKUT ADALAH MAKLUM BALAS DARIPADA INDIVIDU YANG TELAH MENONTON DVD PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL




mukmin1979 said
Alhamdulillah. Saya dah tonton cd satu. Mmg banyak yang dapat diambil manafaat bagi mereka yang berlapang dada dan mendengar dengan niat mencari ilmu.

Sesiapa yang mendengar dengan niat mencari kesalahan, Insyallah tuan2 tak akan dapat apa2.

Saya tak masuk CD 2 lagi sebab tak puas lagi dgn CD 1. Ulang banyak kali. Tuan2, apa yg tuan2 akan dapat disitu ialah ilmu hakikat.. dengar betul2 dan doa banyak2 semoga Allah beri pemahaman kepada kita.

Saudara ilmuhaq, saya tak bayar lagi kos CD. Insyallah saya akan bayr nanti. Al-FAtihah buat saudara yang menjadi guru saya di alam cyber ni.

raman09 said
terima kasih dvdnya... saya masih ulang2 menonton..kosnya sudah dikirim.tersangat menafaat ilmunya sehingga tidak jemu ulang2 melihat..banyak ilmu yg dapat dan kefahaman....

sisipuluh said
Assalamualaikum Pak Mail.
Terima kasih yang tak terhingga di atas kiriman yang bagi saya terlalu berharga jika dibanding dengan ilmu keduniaan ini. Saya baru sahaja tamat melihat DVD ilmu haq part 1. Apa yang saya fahami pak mail cuba menekankan betapa hebatnya allah dan istimewanya manusia yang dijadikan allah ini


sisipuluh said
Alhamdulillah pak mail ianya telah saya tonton dan fahami apa yang pak mail katakan.Harap Allah redho saya memahami sebagaimana yang dikehendakinya.Saya sentiasa nantikan kefahaman selanjutnya berkaitan ilmu haq kerana segalanya darinya. Rupa dah lihat, suara dah dengar, hati dah rasa hanya tunggu bila agaknya ditakdirkan berjumpa. Saya doakan Allah kan sentiasa bersama usaha pak mail.


amora01miss said
alhamdulillah saya sudah pun tonton isi kandungan dvd tu. Dan paham isi kandungannya

22 Mei 2010

TOK BELAGAK SOMBONG DARUL SAKA ADALAH BATHIL

Untuk pengetahuan umum saya telah beberapa kali menyeru tok belagak untuk berjumpa dan berbincang berkenaan Ilmu Haq dan Ilmu Bathil. Tujuan saya mengajak tok belagak berbincang adalah hendak menunjukkan jalan keluar dari kebathilan dan mengambil yang Haq sahaja.

Ilmu yang diajar oleh tok belagak banyak yang bathil jika tok belagak tak disedarkan maka akan bertambah ramai lagi manusia akan terjerumus kelembah kebatihalan angkara tok belagak. Tok belagak mendakwa boleh buang saka tetapi hakikatnya saka itu tidak juga pergi malahan tok belagak sendiri ada saka besar  yang masih ada dalam dirinya. Sebenarnya tok belagak tak tahu cara yang betul kaedah membuang saka.  Saya hendak menunjukkan kepada tok belagak kaedah yang betul-betul berkesan untuk membuang saka namun respone dari tok belagak amat negative malah mencaci, menghina, memperlekeh dan memperolok-olokkannya.  Kebanyakan ilmu yang di ajar oleh tok belagak berbentuk sihir seperti ilmu pengasih dan banyak lagi. 

Banyak setan dan kuncu-kuncunya telah menjadikan tok belagak sarang markasnya kerana ilmu dan amalan tok belagak yang salah. Sesiapa saja yang berguru dan mengambil ilmu dari tok belagak maka setan dari tok belagak akan mengikut orang yang belajar dan mengambil ilmunya. Setan akan terus membiak dan menjadikan pengikutnya markas baru. Oleh kerana tok belagak tidak keluar dari kebathilan maka apa saja perkara dan ilmu tok berlagak adalah kotor walaupun ada juga ilmu yang nampak baik dari tok belagak maka ia tetap bersetan. Sebagai contoh bekas yang telah digunakan berisi racun jika tidak di basuh dan dikeluarkan racunnya kemudian digunakan pula untuk mengisi susu maka sesiapa saja yang minum susu dari bekas tersebut akan keracunan. Tok belagak sangka ilmunya betul hakikatnya adalah bathil.

Tujuan saya membuat kenyataan ini adalah semata-mata untuk memberitahu kepada umum betapa ruginya belajar dan mengambil ilmu tok belagak.

Kepada sesiapa yang telah terambil ilmu dari tok belagak dan sepertinya hendak melepaskan setan dari tok belagak anda PULANGKANlah apa saja ilmu yang anda ambil dari tok belagak dengan melafaskannya  sama ada melalui perkataan, tulisan, email, sms, fax kepada tok belagak dan orang sepertinya,

contoh lafas:

Saya sekeluarga(jika dah berkeluarga) PULANGKANKAN apa saja ilmu yang saya ambil dari tok belagak

Segala iblis, setan, jin dan kuncu-kuncunya kepunyaan tok belagak yang ada pada diri dan keluarga anda akan kembali kepada tuannya.

Lepastu jangan ambil apa-apa ilmu dari tok belagak dan tingalkan tok belagak.

Saya tidak berniat hendak memburuk-burukkan tok berlagak. Sudah banyak kali saya seru tok belagak namun tok belagak terus dengan lagaknya sungguh kurang sopan mencaci, menghina, memperlekeh, memperolok-olok dan saya kesihan kepada sesiapa yang mengambil ilmu  tok belagak akan beroleh makhluk durjana. Sia sia belaka belajar dengan tok belagak.

Saya bukan buat fitnah atau irihati dengan tok belagak. Saya sedia membuktikan kebathilan tok belagak anda nilaikannya sendiri. Tak cuba tak tahu.

05 Mei 2010

IKLAN, Tolong promosikan. Boleh print, copy paste dll

Tolong promosikan, copy paste, print dll

Asasalamualaikum,

Saudara, Saudari, Tuan-tuan, puan-puan, Dato-Dato, Tan Sri-Tan Sri, Tun-Tun, Sultan-Sultan, Mufti-Mufti dijemput ke majlis:

PERSIDANGAN/PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH/ DIALOG
(PERCUMA)

BERKAITAN:

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.

TUJUAN:

1. MELINDUNGI DIRI DAN IMAN DARI GANGGUAN.

2. MEBELASAH, MEMUKUL, MEMOTONG DAN JUGA MEMBUNUH MAKHLUK TERSEBUT

3. MELINDUNGI DARI GODAAN DAN TIPU DAYA YANG KASAR SERTA HALUS OLEH MAKHLUK HALUS

4. MENYELESAIKAN MASALAH HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

5. MENGUBAT JIWA KOSONG, SUSAH TIDUR

6. MENGALAHKAN KEJAHATAN MANUSIA DAN MAKHLUK HALUS

HASIL
1. JIWA TENTERAM DAN TENANG
2. HILANG PERASAAN WAS-WAS
3. SEMBAHYANG KHUSYUK
4. PERASAAN SUKA KEBAIKAN BENCI MAKSIAT
5. DAN BANYAK LAGI

INSYAALLAH ANDA DAN KELUARGA BOLEH MELAKUKANNYA SENDIRI

*LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

1. BERSIH RUMAH BERHANTU
2. BERSIH KAWASAN/TANAH BERHANTU
*TIDAK TERMASUK TANAH KUBUR*
RAWATAN
1. HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

Salah satu tanda kena serangan makhluk halus jahat

1. Sembahyang tidak khusuk / malas sembahyang
2. Pergantungan kepada Allah tidak kuat
3. Akhlak sukar dikawal-pemarah-ego -banga diri -cakap kasar -sombong -riak-cakap besar -khianat -lain lain perkara yang buruk
4. Hati gundah gulana / kecewa / putus asa / pilu / sedih
5. Fikiran kacau bilau resah gelisah tak tentu pasal
6. Jiwa tidak tenteram
7. Hati cinta maksiat
8. Ada perasaan takut selain Allah
9. Dada sebak / sempit
10. Hati gatal
11. Susah tidur

*TERDAPAT JUGA RAKAMAN SESI PENERANGAN DALAM BENTUK DVD
BERMINAT HUBUNGI:
ISMAIL
(pakar bunuh makhluk halus)
019-3619305
http://ilmuhaq.blogspot.com
email: ilmuhaq@yahoo.com.my

20 April 2010

TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN DAN SEKUTUNYA


Bolehkah Iblis, Syaitan, Jin dan sekutunya dibunuh?
Tentu banyak percangahan pendapat, rata2 kata tak boleh namun ada juga yg kata boleh. bagi yang tak tahu maka tak boleh buat laa, bagi yang tahu maka boleh lakukan laa, bagi yang tak tahu boleh belajar laa, bagi yang tahu boleh ajar laa, bagi yang tutup pintu tak terbuka laa.



Hadith :

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.”






(Muslim)
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Untuk merungkai persoalan ini perlukan penerangan dari A sampai Z, sekurang2nya 4 jam masa diperlukan. Dialog bersemuka adalah yang terbaik dan paling berkesan serta boleh terus menguraikan persoalan yang ditimbulkan.
Ada juga rakaman sesi penerangan dalam bentuk DVD jika sukar untuk buat temujanji sebagai alternatif boleh laa menonton rakaman tersebut lebih kurang 4 jam juga. kemudian mana-mana bahagian yang muskil boleh laa di bangkitkan kemudian untuk dileraikan.
kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan salinan rakaman DVD silalah berikan alamat insaallah akan saya poskan.
Semoga Allah beri kita semua bimbingan dan petunjukNya.

MENGAPA SANGAT PENTING SETIAP INDIVIDU PERLU TAHU TEKNIK MEMBUNUH DAN MEMBELASAH MAKHLUK DURJANA?


Dua contoh perbandingan individu yang tahu dan yang tidak tahu teknik membunuh dan menbelasah makhluk durjana.

1. seorang yang warak ahli ibadah, banyak ilmu maklumat belajar sampai mesir ada master, phd, bila di tanya hadis, hukum hakam, ayat al quran lancar menjawab cuma satu perkara yang dia tak tahu bagaimana hendak membinasakan, mengeluarkan makhluk durjana apa akibatnya? apabila makhluk durjana masuk ke dalam tubuhnya lalu membisikkan rasa riak, bangga diri, tidak ikhlas, amarah dan lain2 maka invidu/ulamak tersebut berada pada posisi terbuka untuk dirosakkan oleh makhluk durjana. makin lama makin bertambah berat masalah yang ditanggung sehingga hendak mati juga akan cuba diganggu. bagaimana iman sejati boleh dibina jika dikuasai oleh makhluk durjana, cuma iman pada perkataan tidak masuk kedalam hati.

2. seorang individu tahu teknik membunuh dan membelasah makhluk durjana maka individu ini berada pada posisi tertutup daripada dirosakkan oleh makhluk durjana. apabila makhluk durjana cuba masuk ke dalam tubuh makhluk ini akan di belasah dan dimusnahkan hasilnya makhluk ini gagal membisikkan kejahatan. Iman sejati dapat dipupuk dan dibina makin hari makin mantap imannya.