PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL

WAHAI ALLAH ENGKAU BERILAH AKU ILMU HAQ YANG BERMANAFAAT KEPADA DIRI KU DAN ORANG LAIN DAN ENGKAU LINDUNGILAH AKU DARI ILMU BATHIL YANG MENYESATKAN AKU DAN ORANG LAIN

ASSALAMUALAIKUM

Hadith :
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

PERSIDANGAN / PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH / DIALOG

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.
7. TEKNIK MENCABUT SAKA (30 tahun pengalaman)
8. TEKNIK MENGALAHKAN MUSUH BATHIL DARI JARAK JAUH DENGAN ILMU HAQ.
9. PLAN PEMBENTUKAN DAN PERALIHAN KUASA SISTEM KHALIFAH DENGAN ILMU HAQ.


Sama-samalah kita semua ambil ilmu yang Haq sahaja, mana-mana yang Bathil sama-samalah kita pulangkan.

Oleh kerana ramai yang bertanyakan tentang dvd tuan-tuan boleh membuat tempahan dengan memberikan alamat dan membuat sumbangan. Insaallah sumbangan anda akan digunakan ke jalan Allah.
Kos proses dan belanja pos DVD RM 20.00 kandungan ilmu percuma(kerana Allah) tidak dijual. DVD ini adalah pakage penerangan asas dan konsep serta teknik-teknik asas yang perlu difahami manakala teknik-teknik yang lebih "intermediate" dan "advance" akan diberikan setelah dapat memahami dan mempraktiskan konsep yang asas.
Kepada para penonton VIDEO ILMUHAQ 5 jam sila tulis semula isi kandungan dialog agar tuan-tuan dapat mengingati dan lebih faham untuk rujukan dan ingatan. Jika ingin memberi sumbangan Akaun Tabung Haji 030101000137670(Ismail Baharuddin)

Untuk penerangan lanjut sila hubungi 6019-3619305 / email: ilmuhaq@yahoo.com.my

22 Mei 2010

TOK BELAGAK SOMBONG DARUL SAKA ADALAH BATHIL

Untuk pengetahuan umum saya telah beberapa kali menyeru tok belagak untuk berjumpa dan berbincang berkenaan Ilmu Haq dan Ilmu Bathil. Tujuan saya mengajak tok belagak berbincang adalah hendak menunjukkan jalan keluar dari kebathilan dan mengambil yang Haq sahaja.

Ilmu yang diajar oleh tok belagak banyak yang bathil jika tok belagak tak disedarkan maka akan bertambah ramai lagi manusia akan terjerumus kelembah kebatihalan angkara tok belagak. Tok belagak mendakwa boleh buang saka tetapi hakikatnya saka itu tidak juga pergi malahan tok belagak sendiri ada saka besar  yang masih ada dalam dirinya. Sebenarnya tok belagak tak tahu cara yang betul kaedah membuang saka.  Saya hendak menunjukkan kepada tok belagak kaedah yang betul-betul berkesan untuk membuang saka namun respone dari tok belagak amat negative malah mencaci, menghina, memperlekeh dan memperolok-olokkannya.  Kebanyakan ilmu yang di ajar oleh tok belagak berbentuk sihir seperti ilmu pengasih dan banyak lagi. 

Banyak setan dan kuncu-kuncunya telah menjadikan tok belagak sarang markasnya kerana ilmu dan amalan tok belagak yang salah. Sesiapa saja yang berguru dan mengambil ilmu dari tok belagak maka setan dari tok belagak akan mengikut orang yang belajar dan mengambil ilmunya. Setan akan terus membiak dan menjadikan pengikutnya markas baru. Oleh kerana tok belagak tidak keluar dari kebathilan maka apa saja perkara dan ilmu tok berlagak adalah kotor walaupun ada juga ilmu yang nampak baik dari tok belagak maka ia tetap bersetan. Sebagai contoh bekas yang telah digunakan berisi racun jika tidak di basuh dan dikeluarkan racunnya kemudian digunakan pula untuk mengisi susu maka sesiapa saja yang minum susu dari bekas tersebut akan keracunan. Tok belagak sangka ilmunya betul hakikatnya adalah bathil.

Tujuan saya membuat kenyataan ini adalah semata-mata untuk memberitahu kepada umum betapa ruginya belajar dan mengambil ilmu tok belagak.

Kepada sesiapa yang telah terambil ilmu dari tok belagak dan sepertinya hendak melepaskan setan dari tok belagak anda PULANGKANlah apa saja ilmu yang anda ambil dari tok belagak dengan melafaskannya  sama ada melalui perkataan, tulisan, email, sms, fax kepada tok belagak dan orang sepertinya,

contoh lafas:

Saya sekeluarga(jika dah berkeluarga) PULANGKANKAN apa saja ilmu yang saya ambil dari tok belagak

Segala iblis, setan, jin dan kuncu-kuncunya kepunyaan tok belagak yang ada pada diri dan keluarga anda akan kembali kepada tuannya.

Lepastu jangan ambil apa-apa ilmu dari tok belagak dan tingalkan tok belagak.

Saya tidak berniat hendak memburuk-burukkan tok berlagak. Sudah banyak kali saya seru tok belagak namun tok belagak terus dengan lagaknya sungguh kurang sopan mencaci, menghina, memperlekeh, memperolok-olok dan saya kesihan kepada sesiapa yang mengambil ilmu  tok belagak akan beroleh makhluk durjana. Sia sia belaka belajar dengan tok belagak.

Saya bukan buat fitnah atau irihati dengan tok belagak. Saya sedia membuktikan kebathilan tok belagak anda nilaikannya sendiri. Tak cuba tak tahu.

36 ulasan:

  1. anda confirm sesat! nak kepastian sila pi JAIS. Pro DS dah ada kelulusan JAIS. So sapa sesat sebenarnya...

    kalau anda sebagai anak murid dia berada di pihak yg benar, cuba bawa ajaran tu kat JAIS

    BalasPadam
  2. boleh tuan terangkan diblog ni apa yang bathil tu...bukan apa ,senang semua orang dapat baca.....

    BalasPadam
  3. Salam lanz,

    Untuk menerangan di sini agak sukar secara detail hanya boleh secara intro sahaja jika tak kena gaya boleh mendatangkan perbalahan yang tidak berkesudahan. Pertemuan bersemuka dengan penerangan sesi soal jawab beberapa jam Insaallah dapat merungkai apa yang saya maksudkan.

    Saya menjemput saudara dan sesiapa saja sudilah kita bertemu buat temujanji untuk sesi penerangan bersemuka yang sangat penting ini.

    BalasPadam
  4. kalau tok belagak boleh membuat penerangan dengan begitu luas dlm blognya kenapa tidak dgn blog tuan,itulah gunanya berblog,kalau salah sila betulkan pendapatnya...saya pun nk tahu dimana kebathilan tok belagak ni...kalau mengikut pendapat tuan Dr Haron Din,Ismail kamus dan beberapa orang ustz lagi dah sesat dan terkeluar dari islam...ini satu tuduhan yg besar...kalau rasa kurang berpuas hati sila bertemu dgnnya...invitation pun ada dibuat,kalau mampu silalah betulkan mereka..bukan jauh sangat..kota kemuning saja..

    BalasPadam
  5. saya bercadang agar tuan bertemu dgn tok belagak bersaksi kan kami yang ingin mengetahui mana yang bathil mengenai tok belagak...

    Harap tuan menerima cadangan saya...jika tuan bersedia tuan umumkan dimana untuk berdebat, kami akan hadirkan diri untuk melihat bathilnya tok belagak...

    BalasPadam
  6. Salam semargising dan firus,

    Jika nak penerangan asas boleh order DVD 4 jam namun pertemuan bersemuka lebih banyak interaksi boleh dibuat. kemudian tuan nilaikan sendiri. bagaimanalah 4 jam punya penerangan hendak di rungkai disini.

    Saya dah beberapa kali mengajukan untuk bersemuka dengan harun din, ismail kamus, fadhilah kamsah, tok ngah dan beberapa orang lagi yang ternama namun tiada respone. tok belagak memang banyak kali saya ajak namun dia tidak menunjukkan respect malah mencaci dan menghina. Oleh kerana tok belagak nampaknya bukan nak mencari kebenaran lebih nak mencari kemenangan maka saya beri dia menang. kalau tok belagak nak jumpa saya boleh hubungi saya datang ke rumah.

    saudara silalah call saya kita buat temujanji Insaallah akan saya jelaskan kemudian saudara nilaikan sendiri.

    BalasPadam
  7. Mail Kacip,

    Tok Belagak kan offer ko RM2,000 kat blog beliau DarulSaka malah siap offer untuk tanggung makan tengahari dan minum petang ko...kenapa ko tak nak berjumpa dengan beliau padahal ko tuduh ilmunya bathil?

    BalasPadam
  8. Salam Sdr Mail

    Saya telah menonton video tuan, maaf, tiada apa ilmu yg saya perolehi, cuma ungkapan2 yang berulang2 sahaja & tiada hujah kukuh yang membolehkan saya mempercayai tuan. Suasananya juga macam dimeja makan dapur sahaja.

    Lebih elok jika tuan mahu bersemuka dengan nama2 yg tuan sebut itu umpamanya tok belagak, Dr Harun Din, Ust. Ismail KAmus dsb menerangkan hujah2 tuan kenapa semua mereka itu sesat barat pada pandangan tuan. Biar anak2 murid mereka menjadi saksi.

    Menuduh tanpa bukti/hujah adalah dayus [pada perkiraan saya].

    BalasPadam
  9. saya tak kisah datang jumpa mana-mana individu malah sanggup datang ke tempat mereka bila dijemput. pada peringkat permulaan saya berlapang dada sudi menerima jemputan tok belagak malangnya tok belagak tidak menunjukkan sikap hormat malah mencaci peribadi secara terbuka yang tiada kaitan. kalau begitu sikap tok belagak saya tak perlukan manusia seperti ini. saya hanya melayan sesiapa yang bersikap terbuka dan menghormati antara satu sama lain.

    tuan boleh jemput saya datang ke tempat tuan atau tuan datang ke tempat saya untuk sesi penerangan dan kumpulkanlah sesiapa saja yang tuan mahu dengan syarat program tu khas untuk saya memberi penerangan dan sesi soal jawab. saya sudah tawar hati tak berminat jika tok belagak sombong yang jemput offerlah berapa juta sekalipun. kalau tok belagak sendiri yang nak tahu dia sendiri datang cari saya, saya tak ingin terhegeh-hegah mencari manusia-macam tok belagak sombong.

    BalasPadam
  10. Jika ilmu yang Pak Mail kacip benar kenapa website dan multiply di BAN. Sedangkan Darulsaka mendapat kelulusan dari JAIS serta berdaftar untuk beroperasi.

    BalasPadam
  11. jacim dan jaes tu bute.

    BalasPadam
  12. ...dan apabila yang haq telah datang,maka yang batil akan hilang...
    kita tunggu jela yang mana tenggelam yang mana timbul...

    BalasPadam
  13. sms yang terima dari salah seorang anak murid tok belagak.


    "Mmg bnr tok2 belagak tu mygka mreka bnr hkiktnya batil, sy prn menuntt dgn mereka kbnykn mreka sombg, main duit, ilmu2 yg diajari pn banyak ala2 sepih sihir cm pgsh, kebal, bla brubt dcas ribuan rnggt"

    BalasPadam
  14. tok mail,

    heheheh dah lama sy cari... tapi bulan lepas sy ade terdengar yang ahli risik2 dari pihak yg berkuasa di Malaysia ni pun mmg minat sgt nak jumpa tok mail ni... TV pun cari gak lawyer pun cari gak... majlis pun cari gak suma cari la... saya rasa tok mail ni akan terkenal la tak lama lagi

    selamat berrehat yeee

    kakakkaka welcome to the rock!!!

    BalasPadam
  15. tuan mail kacip,

    saya rasa ada yang tak kena dengan tuan, mengapa bila ramai yang nak tahu mana yang batil dari perawat lain mesti dolak dalih... tak gentleman langsung, kata ilmuhaq ...

    habih semua orang ko kata bathil, ko saja yang betul...kalau ye pun ceritalah apa yang bathil tu...mana dalilnya... biar pulak orang lain tu keluarkan hujah pulak, baru semua boleh baca dan boleh faham .

    BalasPadam
  16. seronok nih... kita lihat sape yang kena.. he..he..

    BalasPadam
  17. Tuan boleh datang mendapatkan penjelasan secara percuma. Insaallah tuan sendiri akan faham di mana bathilnya tok belagak. penjelasan di sini agak sukar kerana memerlukan masa yg panjang dengan sesi soal jawab. Bagi sesiapa yang boleh nampak setan boleh nampak banyak setan menjadikan tok belagak sombong sebagai markasnya. Saya menjemput tuan datang buat temujanji insaallah akan dijelaskan satu persatu malah tuan akan diajar untuk membelasah setan yg ada pada tok belagak sombong. maka akan bergegar dan kucar kacir markas setan yg ada pada tok belagak. jika tok belagak dalam Haq insaallah tidak ada apa2 kesan pada tok belagak, jika tok belagak sombong dalam bathil maka tok belagak sombong akan rasa sendiri akibatnya.

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah Syukur kepada Allah yang telah memberi taufiq dan hidayahNya. Beberapa orang anak murid tok belagak telah datang untuk mendapatkan penjelasan berkenaan Ilmu-ilmu yang Haq dan Ilmu-ilmu yang bathil. Mereka telah faham mana satu yang Haq dan mana satu yang bathil. Insaallah mereka dah tak mahu lagi berguru dengan tok belagak dan segala ilmu serta makhluk durjana kepunyaan tok belagak akan dipulangkan, Insaallah mereka akan mengajak rakan-rakan yang lain untuk melihat sendiri kebenarannya.

    Tuan-tuan puan-puan sekelian dijemput untuk menghadiri persidangan Ilmu Haq dan Ilmu bathil. Tidak ada masa khusus yang ditetapkan semuanya melalui temu janji. bila-bila masa pun boleh asalkah sesuai dan sama-sama lapang. jika tuan menghubungi sekarang temujanji boleh terus dibuat dan ditetepkan masa jika malam ini atau esok sama-sama lapang boleh terus datang berjumpa. lagi cepat lagi bagus perkara yang baik elok dipercepatkan. kita tidak tahu berapa lama lagi hayat yang masih ada. Tiada bayaran dikenakan untuk sesi penerangan ini ia dilakukan semata-mata kerana Allah.

    BalasPadam
  19. Pak Mail - buatlah kursus free maaaa...kami ramai2 nak datang dengar - teruja sangat ni nak tau macamana nak bunuh syaitan & iblis - yg saya biasa dengar org bunuh jin aja

    jgn sekat pulak msg saya ni sebab msg ni saya link kan ke banyak website

    BalasPadam
  20. salam tuan Ateng,

    memang free pun kursus. bila-bila masa insaallah bersedia untuk memberikan penerangan. jika ada yang sudi menyumbang di alu alukan untuk dijadikan modal bergerak lebih jauh membuat penerangan. Buat kerja kerana Allah berkorban dengan diri, masa dan harta sendiri itu yang terbaik.

    BalasPadam
  21. Apakah kita perlu bergaduh sesama kita yang seagama ni...siapakah kita yang ingin membangkitkan kesalahan orang...apakah layak kita sebagai seorang abid ini untuk menentukan dosa seseorang...apakah kita ini berkerja kerana Allah atau berkerja untuk Allah??Ilmu Allah sangatlah luas...apakah lupa kita asal usul kita..siapakah diri kita ini...apakah kita benar2 mengenali diri kita yang sebenar...kembalilah kpada yang asal..sekiranya abid tersalah bicara...mohon maaf atas segalanya...

    BalasPadam
  22. salam..mcm mne dngan ilmu yg d'ajarkn 0leh jjak panglima d'sg.sput..sila buka www.alamghaib.com..ilmu haq atau bathil??tq..

    BalasPadam
  23. Salam, tuan hanif

    blog yg tuan maksudkan memang banyak amalan bathil namun mereka berselindung dan ramai yg keliru seolah2 ia dalam kebenaran. saya menjemput tuan untuk mendapatkan penjelasan berkenaan ILMU HAQ dan ILMU BATHIL kemudian tuan nilaikan sendiri.

    BalasPadam
  24. Bismillahirrahmanirrohim

    Segala pujian hanya bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian Alam
    Ar-Rahman Ar-Rahim
    Salam dan selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W serta keluarganya
    Al-Fatihah

    Salam warahmatullah,,
    yang berbahagia buat tok mail dan saudara saudari yang dirahmati
    sekalian

    Di atas dunia ini manusia telah dilahirkan untuk menuntut haksiasi duniawi semata-mata,
    semuanya telah dirancang oleh Al Masih dajjal agar manusia tidak mengejar akhirat

    melainkan yang disabda baginda

    Dalam 73 golongan hanya 1 golongan yang akan selamat,,,

    apakah golongan tersebut,,itulah golongan jamaah

    buktinya dapat dilihat kebanyakan manusia lebih ke arah hiburan berbanding ibadat kepada
    Allah


    saya merantau mencari pelbagai ilmu yang bersanadkan ilmuan para Wali dan Rasulullah S.A.W
    merantau dan terus merantau,,mengkaji tidak beremosikan nafsu semata-mata
    buang yang keruh ambil yang jernih,,tidak menghukum dengan membuta tuli
    sekiranya ia salah,,,

    sy sedang menuntut amalan kebatinan (tauhid) sumur Indonesia berlandaskan wirid dan zikir
    semata-mata mahukan keredhaan dari Allah,,jika ada kelebihan sampingan yg diberi,,itu adalah haknya

    Yang Bathil sering ditunjukkan dan yang HAQ TERUS DISEMBUNYIKAN
    itulah yang terjadi kepada blog tok Mail,,,yang haq akan disembunyikan,
    kerana inilah saya tidak pelik blog beliau di ban,difitnah,
    kita harus berfikiran cerdik bukan melihat
    menggunakan mata zahir dan menghukum menggunakan logik akal dan nafsu amarah
    tetapi haruslah diselarikan dengan IMAN

    Kita bukan menghukum berdasarkan fitnah dari pembawaan mulut ke mulut,
    tetapi harus diperhalusi dengan mata hati

    di akhir zaman sabda baginda,,akan ada tohmahan dalam umatku
    YAKNI ORANG YANG MENZAHIRKAN KEBENARAN

    dan akhirnya,,yang benar semakin surut dan hilang,,

    seperti Juga kelak kemunculan Imam Mahdi,,beliau akan menegah perkara yang dilarang,,
    perkara tersebut sudah sebati dan menjadi amalan manusia,,tetapi manusia akan mencaci nya,,
    kerana mempertahankan hak mereka yang batil itu,,yang mereka merasakan ia benar..
    maka tidak ramai mampu mengikutinya,,
    anda tunggu dan lihat sahaja,,

    YANG HARAM DIHALALKAN,Manusia menghalalkan perbuatannya,,manusia mencipta hukum sendiri
    walhal Allah sudah menjatuhkan hukum



    Sabda Allah S.W.T
    Meminta tolong kepada Jin akan membuat kan mereka bertambah sombong

    tetapi Allah tidak bersabda
    "meminta tolong kepada Jin adalah haram"

    Allah tidak berkata begitu kerana Nabi Sulaiman mampu memerintah Jin
    dan bukan meminta tolong.

    Sedangkan kita semulia-mulia ciptaan,semulia-mulia ilmu diturunkan dari salasilah
    Para Anbia yang telah membimbing setiap umat ke arah kebenaran

    Saya berasa "hmmm hebat ilmu tok belagak" namun saya tidak akan mempelajari sesuatu ilmu
    berdasarkan kehebatan,,Kerana kehebatan tidak menjanjikan SYURGA,,Kehebatan tidak menjanjikan
    Halal,,
    apatah lagi jika ia berlawanan dengan keredhaan yang Maha
    Esa lagi Maha Perkasa,,
    Saya mahu mengkajinya berdasarkan hukum Islam sebelum menuntut,,
    Bukan membuta tuli nafsu semata-mata,
    SAYA TAKUT JIKA ALLAH MURKA

    BalasPadam
  25. Jika hari ini mempelajari ilmu hebat2,,esok pula telah mati,keadaan kufur kerana ilmu
    salah di mata Allah S.W.T,,adakah hebat namanya?

    Orang yang jahil akan bertambah jahil kerana
    memperbolehkan kehendaknya lalu ditutupi yang haram

    Apabila ketaatan bertukar menjadi keingkaran dan reda dengannya, iblis berasa seronok melakukan
    kejahatan (ibid: 42). Begitu juga halnya dengan manusia yang rosak, di mana nafsunya sebati
    dengan keinginan untuk melakukan kejahatan. Ketika itu ia akan berasa seronok berbuat demikian
    dan berasa asyik untuk merosak akal, agama, diri dan harta (ibid: 43).

    Jangan pandan ringan,,jika anda terlanggar pokok anda sakitnya tinggal di dunia,,
    jika anda langgar syariat sakit DUNIA AKHIRAT!
    Biarlah Ilmu tidak hebat asalkan diterima Allah S.W.T,
    Bukanlah kita sebagai seorang manusia mencari ilmu GAH DUNIA,
    Tetapi mencari Ilmu SELAMAT DUNIA AKHIRAT!!

    Saya sedar untuk memperolehi ilmu Haq amat lah sukar,
    kerana manusia pada hari ini pelbagai campuran ilmu dari dahulu kala

    Ilmu Rasulullah ketika merawat adalah Ruqyah
    Nabi Sulaiman tidak meminta tolong kepada Jin tetapi memerintah
    kerana beliau ketahui meminta tolong adalah berlawanan dengan syariat Allah S.W.T

    maka dia memerintah!kerana itulah Para Jin berasa terhina
    pada hari ini manusia meminta tolong kepada Jin dan jin berasa senang dengannya


    JANGAN LUPA KERJA JIN KAFIR ADALAH MENYESATKAN MANUSIA,,dari sedikit fitnah,
    menjadi sebesar fitnah,,kerana mereka berputus asa memulakan fitnah besar,,

    kerana inilah Jin berasa bermegah diri kerana menjayakan di atas mohon pertolongan
    seorang Khalifah Allah S.W.T,,
    Tidak diharamkan meminta tolong kepada Jin,tetapi :

    Al-Qur'an surat Al-jin

    "ada sebagian golongan laki2 (manusia) meminta pertolongan sebagian dari golongan laki2
    bangsa jin, hal ini akan menambah
    kesombongan dari bangsa jin itu sendiri",
    yang mebuat kita jadi sesat.

    Tak PERLU ANDA MINTA TOLONG TETAPI PERINTAH!JIKA KHALIFAH DAN ILMU HEBAT (diterima Allah)
    PASTILAH BERKEBOLEHAN!!!


    Oleh demikian,,kebenaran manakah mahu kamu dustakan,,adakah kamu mahu dustakan
    kata-kata (sabda) Allah S.W.T itu?Maka kafir dan laknatlah kamu

    oleh demikian lah Rasulullah berkata 73 golongan adalah 1 golongan yang terselamat
    yakni Jamaah

    BalasPadam
  26. Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
    "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan,
    maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk
    neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan,
    maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk
    syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi
    tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh
    dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab,
    “Mereka adalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).



    golongan Jamaah adalah golongan yang memegang Al-Quran Dan Sunnah,,

    bukan memegang jin dan sebahagian yang lainnya

    Namun kita tidak boleh menghukum ilmu seseorang itu syirik melainkan telah mendapat
    kebenaran dan petunjuk Allah S.W.T dan bukti yg kukuh

    kerana syirik adalah di atas urusan Allah S.W.T bukanlah diatas hukum lidah
    manusia

    Ilmu Allah S.W.T itu lebih luas dari 7 lautan,,ilmunya pelbagai

    sekali lagi,,berpeganglah kepada hukum dan ilmu2 Allah S.W.T,,Berdasarkan sanad
    Wali dan Rasulullah S.A.W

    dan saya mendapati sesuatu di darul saka,,pada asalnya saya mahu menuntut ilmu dari
    beliau,,,namun saya terlihat akan sesuatu,,mungkin petunjuk dari Allah S.W.T

    Lambang menjerumuskan kepada identiti,,dan saya dapati lambang darul saka
    berlawanan dengan identiti yang dijuangkan

    lambang beliau kelihatan sama dengan "ILLUMINATI" yakni sebuah pertubuhan
    dajjal yang sedang memegang dan memerintah kuasa dunia.Yakni Israel Zionis dan Amerika,,
    Berlambangkan Mata Satu,,kumpulan yang sering memperlakukan peperangan dan kerosakan,
    dan juga sering menyembah syaitan laknatullah

    Apakah anda ingati Kata-Kata Rasulullah?Fitnah Dajjal akan melanda umat akhir zaman,,
    fitnah yang amat besar dan tidak pernah dibongkar perihal dajjal sebelum umatnya,,
    dan hanya 1 golongan yang akan selamat,,

    dan ini benar2 saya lihat dihadapan mata saya sendiri,,,Allah Allah

    Syukur ke hadrat Illahi saya masih diberi kesempatan untuk berdiri ke jalan yang lurus
    kerana sedikit petanda telah menyedarkan diri yang kecil ini,,

    Berikut adalah lambang daru Saka,,

    http://img252.imageshack.us/img252/7362/darulsaka.jpg
    http://img602.imageshack.us/img602/6396/illuminati.jpg

    BalasPadam
  27. terpulang kepada tahap pemikiran anda,,saya tidak membuat fitnah dan tidak
    pula mengatakan ilmu beliau salah sebelum terbukti kesalahannya,,namun dengan nama Allah
    saya hanyalah tampil membongkar kebenaran,yang jahil akan terus jahil,
    yang haram pula dihalalkan kerana desakan kemahuan diri.Tidak mustahil pula
    yang batil mampu disembunyikan oleh kebenaran.
    Saya hanya berserah kepada Allah S.W.T

    Pertama yang saya sokong Darul Saka,adalah melawan dakyah Wahhabi,Kerana dakyah
    mereka berlawanan dengan Ahli Sunnah Waljamaah,malah wahhabi pula telah membunuh
    salasilah keturunan beliau,,maka wahhabi patut ditentang!

    beliau juga menggunakan ilmu Lam JalAllah,Ayat2 Al-Quran,,dan DIHARAP TIADA ILMU
    BERTENTANGAN SELAINNYA yang diamal disembunyikan dari pengetahuan anak2 didik,,
    Hanya Allah yang Maha M'gtahui

    jadi diminta tok Mail huraikan dengan lebih lanjut kesalahan Darul Saka,,maka ramai
    akan lebih jelas

    Alhamdulillah,Alhamdulillah

    Tetapi saya kurang senang dengan sikap berlagak tok darul saka tersebut,,kerana sikap
    berlagak mengundang kepada Takabbur,,sedangkan takabbur itu hanyalah milik Allah S.W.T
    Bukan pada hambanya

    sifat terkenal dari iblis adalah sombong, merasa paling benar, merasa paling baik,,
    dan inilah yang menyebabkan nasihat orang lain ditolak,,sedangkan ia sedang memperbodohkan
    dirinya sendiri,,dan akhirnya kekal DI JAHANNAM KELAK!

    tetapi sikap Rasulullah adalah rendah diri,penyabar,tidak menyombong diri,,beliau
    sentiasa berpendirian utuh yang sunnahnya diikuti sehingga ke hari ini,,inilah sikap yang
    diredhai Allah S.W.T,,dan bukan sikap sombong atau berlagak.

    wassalam


    aku terus berlari dan berlari,,mencari Nur Muhammad penyuluh ke jalan Illahi,,
    mencari kebenaran diri,,yang haq didirikan,,
    yang batil akan ditumbangkan,,
    Aku Haq kepunyaan Allah S.W.T,,tiada yang lain melainkan dikau,,
    Jika ada yang mahu menumbangkan haq dan mengibarkan batil,,
    maka mereka Musuhmu,,Musuh Muhammad S.A.W dan Para Rasul,,Musuh para Malaikat,,
    mereka musuhku,,
    dan aku dan pengikut Muhammad S.A.W akan berperang dengan mereka,,
    LailahailAllah Muhammad Rasul Allah

    BalasPadam
  28. Salam en Faris,

    Sudilah kira dapat ketemu untuk bermuzakarah secara langsung kemudian tuan nilaikan sendiri.

    BalasPadam
  29. Salam,
    aku juga sokong dgn faris,darul saka tidak bersalah sebenarnya,,kerana ilmu nya adalah bersunahkan Rasulullah S.A.W,,

    Tetapi jika ilmu selain nya,,yg bertentangan maka wajib lah dihindari

    kita tidak boleh menghina ilmu orang lain dgn sewenangnya,,kerana mungkin ilmu kita sendiri yg tidak cukup

    xapa lah,sikap belagak 2 sebenarnya antara kekurangan manusia juga,,

    Lambang 2 pn saya tak tahu nk komen bagaimana,,kena tanya tok belagak

    wallahualam

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum,..

    Ana bukan nak menyokong mail kacip, tetapi ana bersetuju dgn apa beliau katakan. Dari penulisan blognya jelas sekali membuktikan tok belagak bukanlah tempat utk kalian mendapatkan ilmu.
    Mengenai dahyah wahabi tue ana rasa kita kat malaysia yg dah pegi haji..kena pi lagi sbbkan arab saudi tue wahabi..kalu wahabi sesat..hangpa solat belakang imam wahabi tak sah...pastuh nak tanya apa yg berlawanan antara wahabi dengan Ahlul Sunnah Wal Jammaah ..sapa kata Yusof Al Qardawi?, Syeikh Wahbah Al Zulhaili?..sapa? tolong bagitau.. kata Jakim kata wahabi sesat ka?..

    BalasPadam
  31. salam... he he he ini real punya cerita ye.. aku tanya tok belagak dalam email dan blognya. aku tanya kalau dia betul terer scan, ko tolong scan no ic aku he he he langsung tak jawab email aku he he he komen aku pun tak masuk he he he

    BalasPadam
  32. Ko asyik cakap limau mandarin tu haram sebab dari negeri Cina..Dalam dunia ni islam paling ramai di China.

    Anda masih tidak dapat menengahkan dimana batilnya DEN..adakah kerana menggunakan limau nipis atau apa jua limau seperti darul2 lain yang menggunakan limau..

    Anda sedar tak dalam video anda..bila tangan di pangku belakang kepala menunjukan kesombongan..

    buktikan DEN ada Saka...Ko bukan boleh scan pun.

    Tawaran DEN ko takut dengan pelbagai alasan..

    BalasPadam
  33. fahamkan betul2 apa tujuan utama limau mandrin ditanam. iatu untuk bagi makan dan pemujaan selebihnya baru dimakan makan. Sesiapa yang dibuka mata hati oleh Allah boleh nampak. saya hanya memberi tahu apa yang saya nampak terpulang pada mu nak terima atau tidak.

    nak tahu bathilnya tok belagak senang je sesiapa yg pernah belajar ilmu dari tok belagak secara langsung atau tidak sila pulangkan macam contoh di atas anda akan rasa sesuatu objek keluar dari tubuh itu adalah syaitan dari tok belagak yg keluar dan kembali kepada tuannya. kalau tok belagak dalam HAQ tak ada rasa apa apa. lepas pulangkan ilmu tok belagak hati akan rasa tenang dan lapang itu lagi satu bukti.

    bila sudah dipulangkaan biasanya tuan punya ilmu bathil jadi tak tentu arah sebab syaitannya makan tuan.

    tawaran apa? dah banyak kali saya jemput tok belagak untuk hubungi saya di no 0193619305 untuk buat temu janji tak ada pun. Insaallah saya akan jelaskan secara detail di mana bathilnya serta jalan keluar menuju yang HAQ.

    ada beberapa orang bekas anak murid tok belagak datang mendapatkan penjelasan dan mereka dah faham di mana bathilnya tok belagak. sekarang mereka dah pulangkaan segala ilmu tok belagak dan dah mufarakah.

    BalasPadam
  34. salam persahabatan tuan ismail dan tuan belagak,

    saya telah membaca kedua2 blog tuan2 dan berminat sekali dengan kedua2nya kerana kedua2nya mempunyai tujuan murni iaitu untuk membantu sesama manusia menjadi sehat zahir dan batin.

    saya mengambil pendekatan cukup mudah. waima apapun cara,pendekatan,kaedah yang tuan2 gunakan didalam apa jua kes pesakit, yang menyembuhkan hanya ALLAH jua. bahkan tidak mustahil, jika kaedah yang digunakan oleh mereka2 yang tidak beragama Islam, juga mendapat perkenan ALLAH jua.

    saya teringat pesan abang pembimbing saya,lihat lah yang satu di dalam yang banyak,maka aman lah kamu di dalam hakikatNya. kesimpulannya, biar pun bathil atau haq (di dalam rupa bentuk, nama atau perbuatan), semuanya terhimpun di dalam ilmu yang Maha Mengetahui...lalu akhirnya apakah perlu dibahaskan ketentuan Yang Maha Pencipta? aman lah tuan2 di dalam pengetahuanNya. salam.

    BalasPadam
  35. ini sekadar pendapat dari saya... apakah hak kita sebagai manusia mempunyai hak untuk mengatakan orang ini benar dan orang ini salah? elokkah kita yang mengaku islam mengatakan sedemikian rupa kepada orang islam? jika benar terdapat salahnya atau sesatnya... buktikan dan kemukakan saksi... saya bukanlah penyokong kepada mana-2 pihak.. bagi saya yang benar tetap benar....saya cuma merasa sedih kerana kita umat islam saling bertelagah... sepatutnya kita saling bersatu hati dan teguh... ini tidak kita yang mencipta pecah belah dikalangan umat islam... adakah ini yang dituntut dalam islam? ingatlah ilmu yang baik jika disalah guna tetap tidak baik jadinya... ingatlah dimana asal kita.. dan asal syaitan dan iblis itu sendiri.. mana asalnya.. kaji dan renung2kan lah.. dari pada mana iblis itu mendapat ilmu? renung2 dan pikir2kan lah umat yang mengaku sebagai islam...

    BalasPadam
  36. Salam semua,
    Rujuk lah pada ALLAH, RASULULLAH S.A.W. dn para Sohabah Radiallah hu an huma. Mereka adalah sebaik baik umat, yg hanya mengikut yg Haq yg dtg dari ALLAH melalui Rasuullah
    S.A.W

    BalasPadam