PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL

WAHAI ALLAH ENGKAU BERILAH AKU ILMU HAQ YANG BERMANAFAAT KEPADA DIRI KU DAN ORANG LAIN DAN ENGKAU LINDUNGILAH AKU DARI ILMU BATHIL YANG MENYESATKAN AKU DAN ORANG LAIN

ASSALAMUALAIKUM

Hadith :
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

PERSIDANGAN / PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH / DIALOG

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.
7. TEKNIK MENCABUT SAKA (30 tahun pengalaman)
8. TEKNIK MENGALAHKAN MUSUH BATHIL DARI JARAK JAUH DENGAN ILMU HAQ.
9. PLAN PEMBENTUKAN DAN PERALIHAN KUASA SISTEM KHALIFAH DENGAN ILMU HAQ.


Sama-samalah kita semua ambil ilmu yang Haq sahaja, mana-mana yang Bathil sama-samalah kita pulangkan.

Oleh kerana ramai yang bertanyakan tentang dvd tuan-tuan boleh membuat tempahan dengan memberikan alamat dan membuat sumbangan. Insaallah sumbangan anda akan digunakan ke jalan Allah.
Kos proses dan belanja pos DVD RM 20.00 kandungan ilmu percuma(kerana Allah) tidak dijual. DVD ini adalah pakage penerangan asas dan konsep serta teknik-teknik asas yang perlu difahami manakala teknik-teknik yang lebih "intermediate" dan "advance" akan diberikan setelah dapat memahami dan mempraktiskan konsep yang asas.
Kepada para penonton VIDEO ILMUHAQ 5 jam sila tulis semula isi kandungan dialog agar tuan-tuan dapat mengingati dan lebih faham untuk rujukan dan ingatan. Jika ingin memberi sumbangan Akaun Tabung Haji 030101000137670(Ismail Baharuddin)

Untuk penerangan lanjut sila hubungi 6019-3619305 / email: ilmuhaq@yahoo.com.my

06 Jun 2010

ESA ALLAH PADA ZAT. BAGAIMANA ALLAH ESA? APA ITU ZAT ALLAH?









Apa itu Islam?  
Islam ialah agama wahyu yang diturunkan kepada nabi- nabi dan rasul rasul dan yang terakhir ialah nabi Muhammad S.A.W.
Apakah musuh utama manusia/orang islam?- Jahil  
Rasullah diutus kepada orang-orang arab jahiliah
Sama erti perkataan jahil? -BODOH
Orang Bodoh bolehkah kena tipu? -Boleh
Untuk keluar dari jahil perlu ada? Ilmu  
ALLAH AKAN MENINGGIKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DI ANTARAMU DAN ORANG-ORANG YANG DIBERI ILMU PENGETAHUAN BEBERAPA DERAJAT (Al Mujaadillah 11)

-Ilmu apa mesti ada?
1. Ilmu Tauhid.
2. Ilmu Fekah.
3. Ilmu Tasauf.
 4. ILMU HAQ
 Bila bermula Ilmu Tauhid?
-Apabila seseorang itu mengucapkah ASHADUALLAILAHAILLALLAH
 Apa terjemahan melayu?
Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
 Aku bersaksi-siapa bersaksi?
-Saya
  siapa yang menyaksikan?
-Allah
Apa kita kata?
-“Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah”
    Apa maksud tiada tuhan yang disembah melainkan Allah?   
-Hanya Allah sahaja Tuhan aku
Apa kita sedang buat?
-Kita sedang mengEsakan Allah.
perbuatan kita sama ada kita berjalan, tidur, bekerja kita sedang mengEsakan Allah.
Bagaimana Allah Esa?
-Esa Allah pada Zat
Sama atau tidak tukang masak dengan hasil masakkanya?
Sama atau tidak tukang besi dengan hasil tukangannya?
Sama atau tidak Allah dengan ciptaannya?
-Tentu tidak sama
Apa yang tidak sama?
-ZAT ALLAH
ERTI ZAT IALAH DIRI ALLAH ITU SENDIRI
DIRI ALLAH DIPANGGIL ZAT
DIRI CIPTAAN ALLAH  DIPANGGIL JISIM
Syaitan itu ghaib atau tidak?
-Barangsiapa mengatakan syaitan itu ghaib – sirik
Alasan A
i.  -Pernahkah  syaitan  berjumpa Rasulullah? -ya
 ii.-Pernahkah Rasullah berjumpa Allah?   -ya
    Bila? –Semasa Israk Mikraj
iii. -Pernahkah Rasullulah tengok Allah?      -tidak

Dari dua peristiwa ini siapa yang Rasullah tidak tengok?
-Allah
Apa yang tidak dilihat oleh Rasullah?
-Zat Allah
Yang ghaib hanyalah?  - Zat Allah
 Barangsiapa mengatakan syaitan itu ghaib dia telah menyamakan Allah dengan syaitan
-Rasullah pernah tengok syurga, neraka, bidadari, alam barzah dan semuanya kecuali Zat Allah.
Rasullah manusia, keturunan Nabi Adam – kita juga manusia keturunan Nabi Adam
-Jika salah seorang sudah melihat maka ia sudah tidak ghaib.

Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah  mengatakan: ’Pemandangan tidak sampai kepada-Nya”. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan:”Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah.”

(Muslim)

Hadith :

Dari Abu Dzar r.a katanya:”Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Adakah anda melihat Allah?” Jawab baginda:”Dia Maha Cahaya, bagaimana aku dapat melihatnya?”

(Muslim)

Hadith :

Dari Abdullah bin Syaqiq, katanya: “Kataku kepada Abu Zar: Sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. nescaya kutanyakan kepada beliau suatu soalan. Kata Abu Zar:” Tentang apa?” Jawab Abdullah:” Apakah tuan melihat Allah?” Kata Abu Zar:” Itu pernah ku tanyakan kepada beliau, dan dijawabnya:” Saya hanya melihat sinar (nur)”.

(Muslim)

BAGAIMANA ALLAH ESA?
i.                    Esa Allah pada Zat yang Ghaib.

Kalau ada apa saja jelmaan mengaku tuhan dan sebagainya itu bukan tuhan kerana Zat Allah adalah Ghaib lebih-lebih lagi masa hendak mati syaitan akan datang mengaku sebagai tuhan. Perkataan Ghaib adalah sebagai kunci untuk membezaakan Zat Allah dengan ciptaannya.

Alasan B
Semasa Nabi Idris menjahit terdengar suara iblis bertanya kepada Nabi Idris bolehkah Allah masukkan dunia ke dalam lubang jarum?
Nabi Idris telah mencucuk mata iblis mengunakan jarum menyebabkan mata iblis buta.
-Dari dua peristiwa di atas pengajarannya
-syaitan tidak ghaib
-jika matanya boleh buta angota yg lain juga boleh dicederakan malah boleh dibunuh.
Nabi Idris adalah bani adam kita juga bani adam.
-Nabi Musa Berhajat untuk melihat Allah semasa bermunajat di gunung Tursina, Musa berkata “Ya Tuhan ku, nampakkanlah (Diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau” Tuhan berfirman: “kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku”. Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikan gunung itu hancur luluh dan Musapun jatuh pingsan. (AL A’ARAAF 143)


Awal bulan ramadan wakil(mufti) melihat anak bulan adakah orang lain yang tidak melihat wajib berpuasa?
Alasan C
Allah berfirman dalam surah yasin
-Wahai bani adam jangan kamu sembah syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang NYATA  (ayat 60)
-Apa sebab tak nampak?
i. terlalu jauh
ii. terlalu dekat
iii. tersorok
iv. buta

5 ulasan:

  1. salam...bagi pendapat saye jin atau iblis atau setan tidak dapat dibunuh..
    ini sama sekali mengarut...
    orang kate jin itu setan dan iblis..
    cube kita kaji balik.. tentang kejadian jin..dan setan...
    jin dan setan adalah dari unsur api..
    tapi disebabkan die unsur yang sama..maka kita telah salah tafsirkan..
    cube kita pikir lagi..
    sebelum adenya manusia.. dibumi..
    jin telah dahulu mendiami muka bumi ini..
    dari manusia...
    konsep nye begini..
    {jin pon hidup die x kekal..cuma bertahan sehingga hari kiamat}
    melainkan manusia yang kehidupanya tidak diberikan kehidupan kekal sehingga kiamat...
    kesimpulannya..
    {manusia dapat hidup sehingga hayat tertentu saja}
    manusia yang tidak taw menahu tentang jin sahaja akan berkata begitu..jin boleh dibunuh..setan dapat dibunuh..ini mengarut..
    kalau betol..orang yang bunuh tu nampak ke makluk tuhan ini..
    die pon x nampak..camne nak bunuh..
    mereka ini taw kehidupan jin bagaimana?..
    dalam al-quraan telah diceritakan..tetapi selebihnya manusia harus mengkaji..
    kehebatan manusia sebenarnya terletak pada ilmu..
    perjalanan kita untuk mengenal allah...
    selepas itu barulah..mengetaui sirrus sir..
    rahsia segala rahsia...
    pikir-pikir lah..

    BalasPadam
  2. asalamualaikum...sye x berpuas ati pak guru kata Allah itu esa pada zatNya yg ghaib dan zat itu adalah diri Allah..alasannya barabgsiapa yg mngatakan zat itu adalah diri Allah bermakne dia bertuhankan zat,,barangsiapa yg bertuhankn zat..ape hukumnye pak guru??

    BalasPadam
  3. Al Kahfi:

    50. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.

    Hadith :
    Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.”

    (Muslim)

    BalasPadam
  4. Salam,

    zat itu adalah panggilan manusia merujuk kepada diri Allah sebagaimana jisim merujuk kepada diri makhluk. Zat itu term untuk memisahkan diri Pencipta dengan jisim diri yang dicipta.

    term dan panggilan ini adalah sebahagian dari ilmu tauhid dan ianya dibuat bagi memudahkan kita memahami kejadian Allah dan manusia.

    tak timbul pun masalah kita bertuhankan zat sebab zat itu just a term. zat or diri Allah itu sememangnya benar-benar ghaib iaitu tiada makhluk yang dapat melihat dan pernah melihat Allah,

    BalasPadam
  5. allah itu maha suci dr diandai2kan..trmasuk mngatakn ianya zat..laisakamislihi syaiun...suci dr suatu yg baru..jika allah itu zat..itu bkn allah..allah adlh allah..jg bkn ejaan a.l.l.a.h itu sdri...itu hnya nama..sdgkn allah bkn nama tp yg empunya asma,zat,afaal..allah bkn sesuatu tp nyata disebelum dn slepas ssuatu..taubatlh dr mengandaikn allah itu zat..stelah makhluk binasa brulh dikatakn allah itu esa..yg bersyahadah itu kudrat siapa?

    BalasPadam