PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL

WAHAI ALLAH ENGKAU BERILAH AKU ILMU HAQ YANG BERMANAFAAT KEPADA DIRI KU DAN ORANG LAIN DAN ENGKAU LINDUNGILAH AKU DARI ILMU BATHIL YANG MENYESATKAN AKU DAN ORANG LAIN

ASSALAMUALAIKUM

Hadith :
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

PERSIDANGAN / PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH / DIALOG

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.
7. TEKNIK MENCABUT SAKA (30 tahun pengalaman)
8. TEKNIK MENGALAHKAN MUSUH BATHIL DARI JARAK JAUH DENGAN ILMU HAQ.
9. PLAN PEMBENTUKAN DAN PERALIHAN KUASA SISTEM KHALIFAH DENGAN ILMU HAQ.


Sama-samalah kita semua ambil ilmu yang Haq sahaja, mana-mana yang Bathil sama-samalah kita pulangkan.

Oleh kerana ramai yang bertanyakan tentang dvd tuan-tuan boleh membuat tempahan dengan memberikan alamat dan membuat sumbangan. Insaallah sumbangan anda akan digunakan ke jalan Allah.
Kos proses dan belanja pos DVD RM 20.00 kandungan ilmu percuma(kerana Allah) tidak dijual. DVD ini adalah pakage penerangan asas dan konsep serta teknik-teknik asas yang perlu difahami manakala teknik-teknik yang lebih "intermediate" dan "advance" akan diberikan setelah dapat memahami dan mempraktiskan konsep yang asas.
Kepada para penonton VIDEO ILMUHAQ 5 jam sila tulis semula isi kandungan dialog agar tuan-tuan dapat mengingati dan lebih faham untuk rujukan dan ingatan. Jika ingin memberi sumbangan Akaun Tabung Haji 030101000137670(Ismail Baharuddin)

Untuk penerangan lanjut sila hubungi 6019-3619305 / email: ilmuhaq@yahoo.com.my

19 Jun 2011

USAHA TABLIGH SANGAT BAGUS NAMUN ORANG YG BUAT USAHA DIBELENGGU KEBATHILAN

Banyak masa, diri dan harta telah di korbankan oleh orang-orang yang buat usaha tabligh. Pengorbanan ini sangat mulia bukan semua orang mampu melakukan pengorbanan tanpa mengharapkan ganjaran dunia. Kerja tabligh merupakan fardhu kifayah bahkan sepatutnya setiap individu merebut peluang yang sangat mulia ini. Jika para sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. tidak keluar dijalan Allah menyampaikan iman ke seluruh pelusuh dunia dan disambung dari semasa ke semasa mungkin kita pada hari ini entah apa kepercayaan dan agama yang kita anuti. Tidak dapat di nafikan dengan usaha jemaah tabligh manusia datang kepada ibadah.

Sungguh menyedihkan suatu usaha yang sangat mulia ini banyak dicemari oleh indivdu yang masih mengendong bersama ilmu bathil. Buat usaha jemaah masjid,  gash, fikir harian, keluar 3 hari setiap bulan, 40 hari, 4 bulan, 1 tahun namun ilmu bathil masih bersama. Untuk mendapatkan hakikat enam prinsip sangat sukar kerana ilmu bathil masih bersama. Bayan 6 perinsip memang lancar namun hanya pada lidah tidak dalam hati.

Apa tujuan utama keluar di jalan Allah? Rata-rata orang tabligh akan kata untuk baiki diri, ya itulah jawapan yang terbaik bukan baiki orang lain. Jika tujuan utama untuk baiki orang lain mungkin orang lain jadi baik mungkin tidak yg pasti diri sendiri tak jadi baik. Saya ingin bertanya orang lama-lama yang dah buat usaha 10 tahun, 20 tahun bahkan lebih adakah diri kita makin hari bertambah baik, sembahyang bertambah khusuk dan berkualiti, hati tidak suka ke arah maksiat bahkan suka dan cinta kepada kebaikan. Jika tanda-tanda ini ada Alhamdulillah tetapi jika sama saja bahkan lagi teruk dari sebelum buat tabligh maka itu tandanya ada ilmu bathil yang masih bersama belum dikeluarkan lagi. Walaupun tuan-tuan kata dah tinggalkan dan tak buat tetapi kesan amalan bathil belum lepas dari diri tuan-tuan.

Saya menyeru kepada kita orang tabligh agar fahami apakah ilmu bathil, mana satu yang haq dan mana satu nampak secara kasar Haq hakikatnya Bathil.

Alangkah indah dan hebatnya kesan usaha tabligh kita jika kita buat gash, jadi mutakalim, khususi, jadi amir, keluar 3 hari, 40hari, 4 bulan, 1 tahun tanpa dikuasai dan jadi tungangan syaitan. Cuba renungkan buat gash, jadi mutakalim hati dan perkataan diselaputi zulumat apa kesannya kepada umat dan orang yang mendengar. Sebab itulah antara jemaah bergolak mudah pecah hati, timbul puak-puak dalam jemaah ini semua kerana individu2 tersebut dapat dikuasai oleh syaitan dengan mudah untuk diporakperandakan malahan lagi ramai yang tidak tahu teknik untuk membelasah dan memusnahkan syaitan.

Tentunya ada persoalan syaitan dah kalah dan lari disebabkan seseorang itu baca ayat al quran, solat, berdoa, puasa, benar kenyataan ini jika orang yang beramal iman betul kepada Allah, bersih dan bebas dari ilmu bathil. Berapa ramai yang mendakwa menghadapi ganguan baca ayatul kursi namun ganguan masih juga tidak pergi kenapa? Jawapannya kerana orang yg membaca kotor tidak bersih maka bacaannya juga kotor dan tidak berkesan.

Oleh yang demikian marilah dapatkan penerangan ILMU HAQ dan ILMU BATHIL serta kaedah membersih dan mengeluarkan kebathilan yang ada pada diri kita.

1 ulasan:

  1. as'salam...nak belajar cara2 nak buanga saka dalam diri sendiri jika ada.

    BalasPadam