PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL

WAHAI ALLAH ENGKAU BERILAH AKU ILMU HAQ YANG BERMANAFAAT KEPADA DIRI KU DAN ORANG LAIN DAN ENGKAU LINDUNGILAH AKU DARI ILMU BATHIL YANG MENYESATKAN AKU DAN ORANG LAIN

ASSALAMUALAIKUM

Hadith :
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

PERSIDANGAN / PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH / DIALOG

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.
7. TEKNIK MENCABUT SAKA (30 tahun pengalaman)
8. TEKNIK MENGALAHKAN MUSUH BATHIL DARI JARAK JAUH DENGAN ILMU HAQ.
9. PLAN PEMBENTUKAN DAN PERALIHAN KUASA SISTEM KHALIFAH DENGAN ILMU HAQ.


Sama-samalah kita semua ambil ilmu yang Haq sahaja, mana-mana yang Bathil sama-samalah kita pulangkan.

Oleh kerana ramai yang bertanyakan tentang dvd tuan-tuan boleh membuat tempahan dengan memberikan alamat dan membuat sumbangan. Insaallah sumbangan anda akan digunakan ke jalan Allah.
Kos proses dan belanja pos DVD RM 20.00 kandungan ilmu percuma(kerana Allah) tidak dijual. DVD ini adalah pakage penerangan asas dan konsep serta teknik-teknik asas yang perlu difahami manakala teknik-teknik yang lebih "intermediate" dan "advance" akan diberikan setelah dapat memahami dan mempraktiskan konsep yang asas.
Kepada para penonton VIDEO ILMUHAQ 5 jam sila tulis semula isi kandungan dialog agar tuan-tuan dapat mengingati dan lebih faham untuk rujukan dan ingatan. Jika ingin memberi sumbangan Akaun Tabung Haji 030101000137670(Ismail Baharuddin)

Untuk penerangan lanjut sila hubungi 6019-3619305 / email: ilmuhaq@yahoo.com.my

23 Julai 2011

PENGAMBILAN MADU TUALANG KEBANYAKKANNYA BERUNSUR PEMUJAAN (SYIRIK)

Madu tualang adalah madu daripada lebah yang berada di dalam hutan di atas pokok yang tinggi. hanya mereka-mereka yang sanggup sahaja sanggup memanjat dan mengambilnya.
kebanyakkan kaedah sebelum mengambil madu tualang akan di adakan ritual pemujaan meminta izin penjaga kepada madu tualang. Siapakan penjaga madu tualang ini? penjaga yang sebenarnya adalah Allah namun mereka meminta selain Allah. melihat cara ritual yang dilakukan dengan menyayi bahasa yang tidak difahami penjaga itu merujuk selain Allah. jika selain Allah siapa lagi tentulah syaitan dan kuncu-kuncunya.

perbuatan ini salah dan syirik maka hasil madu yang diperolehi dengan jalan syirik hasilnya kotor zulumat. maka sesiapa yang makan madu dari hasil pemujaan ini akan kena tempiasnya syaitan dapat masuk dan menguasai madu ini dan sesiapa yang memakannya akan dapat syaitan daripada hasil dari ritual ini syaitan akan masuk ke tubuh orang yang makan madu ini.

saya nasihatkan agar jangan makan madu tualang sebagai langkah berhati2. bukan madu tualang sahaja malah madu2 kampung yang di ambil dari kebun2, belukar2 juga ada yang mengunakan ritual salah.

makanlah madu yang diternak insaAllah ia melalui proses teknologi tidak mengunakan ritual harap-harap begitulah.

untuk rujukkan bagaimana madu tualang di ambil boleh rujuk rancangan.

RTM 1 rancangan IKS jam 11.00 pagi 23/7/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan