PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL

WAHAI ALLAH ENGKAU BERILAH AKU ILMU HAQ YANG BERMANAFAAT KEPADA DIRI KU DAN ORANG LAIN DAN ENGKAU LINDUNGILAH AKU DARI ILMU BATHIL YANG MENYESATKAN AKU DAN ORANG LAIN

ASSALAMUALAIKUM

Hadith :
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

PERSIDANGAN / PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH / DIALOG

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.
7. TEKNIK MENCABUT SAKA (30 tahun pengalaman)
8. TEKNIK MENGALAHKAN MUSUH BATHIL DARI JARAK JAUH DENGAN ILMU HAQ.
9. PLAN PEMBENTUKAN DAN PERALIHAN KUASA SISTEM KHALIFAH DENGAN ILMU HAQ.


Sama-samalah kita semua ambil ilmu yang Haq sahaja, mana-mana yang Bathil sama-samalah kita pulangkan.

Oleh kerana ramai yang bertanyakan tentang dvd tuan-tuan boleh membuat tempahan dengan memberikan alamat dan membuat sumbangan. Insaallah sumbangan anda akan digunakan ke jalan Allah.
Kos proses dan belanja pos DVD RM 20.00 kandungan ilmu percuma(kerana Allah) tidak dijual. DVD ini adalah pakage penerangan asas dan konsep serta teknik-teknik asas yang perlu difahami manakala teknik-teknik yang lebih "intermediate" dan "advance" akan diberikan setelah dapat memahami dan mempraktiskan konsep yang asas.
Kepada para penonton VIDEO ILMUHAQ 5 jam sila tulis semula isi kandungan dialog agar tuan-tuan dapat mengingati dan lebih faham untuk rujukan dan ingatan. Jika ingin memberi sumbangan Akaun Tabung Haji 030101000137670(Ismail Baharuddin)

Untuk penerangan lanjut sila hubungi 6019-3619305 / email: ilmuhaq@yahoo.com.my

06 Oktober 2011

MEMANCUNG SYAITAN BETINA

Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a.,beliau berkata: al-Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid.sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tebanglah batang yang pertama." Lalu Khalid pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapan dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut,Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.



POKOK YANG YANG DIGEMARI MENJADI RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS, SAITAN, JIN, BUNIAN DAN SEKUTU DENGANNYA

1. Pokok pinang merah,
2. Pokok pinang kuning yang hidup secara rumpun,
3. Pokok ru,
4. pokok ketapang, pokok beringin, pokok kekabu,
5. pokok dedalu,
6. pokok tanduk rusa(langsuir).
7. pokok ara
8. pokok rotan (jangan guna kerusi/tikar atau apa saja bahan yg diperbuat dari rotan), jangan pukul anak2 dengan rotan nanti setan dari rotan masuk dlm diri anak. kalau nak pukul untuk pengajaran gunakan ranting selain rotan.
9. pokok gaharu
10. pokok kemenyan
11. pokok buah gatal, pokok ini macam pokok pinang berdaun pecah2 buahnya kecil2 kalau kena kulit rasa gatal. 



Kerana: pokok ini dihuni dan digemari oleh makhluk durjana. Paling baik tebang dan bakar pokok tersebut.

Jangan tanam pokok tersebut.

HAIWAN PEMBAWA DAN MENJADI TUNGGANGAN MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS, SAITAN, JIN, BUNIAN DAN SEKUTU DENGANNYA

1. Kelawar,
2. keluang
3. burung murai
4. katak
5. belalang plesit
6. Ikan kelisa (jangan pelihara)
Jika haiwan ini masuk kerumah anda bunuh haiwan ini dan makhluk durjana sekali

MARKAS DAN TEMPAT KEDIAMAN MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS, SAITAN, JIN, BUNIAN DAN SEKUTU DENGANNYA

1. Tokong
2. Kuil
3. Gereja
4. Kubur budha, kristian dan orang yang mati tidak beriman kepada ALLAH
5. Semua rumah ibadat yang mensyirikkan Allah
6. Mana-mana tempat yang menjadi pujaan dan sembahan menyekutukan ALLAH

MAKANAN YANG MENGUATKAN BATHIN DAN DITAKUTI OLEH MAKHLUK HALUS DURJANA

1. Pulut
2. Rebung

makanlah selalu baik untuk diri boleh dimasak apa saja ikut selera masing2. tapi jangan ada kepercayaan yang salah seperti amalan pulut kuning.

mungkin ada sesetengah pihak mempertikaikan kenyataan ini namun kami sedia bermuzakarah untuk membuktikan kebenarannya.



2 ulasan:

  1. Salam.... Berapa lama kena amalkn minum air zam2 beserta doa tersebut utk menghindari dr gangguan makhluk2 halus yg ada dlm diri?

    BalasPadam
  2. Salam,
    minumlah selalu.
    contok; nyamuk sampai bila2 pun akan menyerang manusia jika ada peluang.

    begitu juga dengan makhluk durjana sampai bila2 pun akan menyesatkan manusia selagi ada peluang oleh itu sentiasa bersiap sedia selagi hidup.

    BalasPadam