PENERANGAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL

WAHAI ALLAH ENGKAU BERILAH AKU ILMU HAQ YANG BERMANAFAAT KEPADA DIRI KU DAN ORANG LAIN DAN ENGKAU LINDUNGILAH AKU DARI ILMU BATHIL YANG MENYESATKAN AKU DAN ORANG LAIN

ASSALAMUALAIKUM

Hadith :
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

PERSIDANGAN / PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH / DIALOG

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.
7. TEKNIK MENCABUT SAKA (30 tahun pengalaman)
8. TEKNIK MENGALAHKAN MUSUH BATHIL DARI JARAK JAUH DENGAN ILMU HAQ.
9. PLAN PEMBENTUKAN DAN PERALIHAN KUASA SISTEM KHALIFAH DENGAN ILMU HAQ.


Sama-samalah kita semua ambil ilmu yang Haq sahaja, mana-mana yang Bathil sama-samalah kita pulangkan.

Oleh kerana ramai yang bertanyakan tentang dvd tuan-tuan boleh membuat tempahan dengan memberikan alamat dan membuat sumbangan. Insaallah sumbangan anda akan digunakan ke jalan Allah.
Kos proses dan belanja pos DVD RM 20.00 kandungan ilmu percuma(kerana Allah) tidak dijual. DVD ini adalah pakage penerangan asas dan konsep serta teknik-teknik asas yang perlu difahami manakala teknik-teknik yang lebih "intermediate" dan "advance" akan diberikan setelah dapat memahami dan mempraktiskan konsep yang asas.
Kepada para penonton VIDEO ILMUHAQ 5 jam sila tulis semula isi kandungan dialog agar tuan-tuan dapat mengingati dan lebih faham untuk rujukan dan ingatan. Jika ingin memberi sumbangan Akaun Tabung Haji 030101000137670(Ismail Baharuddin)

Untuk penerangan lanjut sila hubungi 6019-3619305 / email: ilmuhaq@yahoo.com.my

01 Januari 2017

OPERASI MENCABUT SAKA DARI LAHAD DATU SABAH, KE TARAKAN INDONESIA

29 JUN 2015 HINGGA 7 JULAI 2015

LOKASI YANG TERLIBAT TARAKAN

Perjalanan dari kota kinabalu menaiki bas ke Lahad Datu kemudian meneruskan perjalanan ke pulau sakar lahat Datu kemudian ke kunak. Dari Tawau Menaiki kapal terbang ke Tarakan Indonesia mencabut saka di lokasi yang dikenal pasti. Dari Tarakan menaiki kapal terbang ke Makasar. Dari Makasar ke Pinrang menaiki keanderaan 180 km mengambil masa 5 jam harga tambang 80 Ribu Rupiah seorang.

Perjalanan balik menaiki boat ke Nunukan Indonesia.

Ombak besar terkandas di Nunukan 2 hari


20 Jun 2015

JELAJAH SABAH 18 HINGGA 2 JULAI 2015

JELAJAH SABAH 18 - 2 JULAI 2015

Operasi menemui orang-orang sabah yang memerlukan perkhidmatan ganguan makhluk halus untuk mencabut saka.

Kepada warga sabah di jemput buat temujanji semoga Allah mudahkan urusan.

17 April 2015

JANGAN MENGAMBIL WUDUK DALAM KOLAH YANG DIKONGSI

Apabila seseorang mengambil wuduk dosa dosa kecil akan turut serta gugur maka oleh itu ia gugur masuk dalam kolah dan bersama dosa yang gugur adalah makhluk durjana syaitan jin dan kuncu kuncunya.

Orang yang berikutnya pula mengambil wuduk dalam kolah yang telah tercemar maka dia pula mengutip kekotoran dari dosa dosa dan syaitan syaitan dari orang terdahulu melekat di tubuhnya pula kotoran yang telah ditinggalkan serta digugurkannya pula dari dosa dosa dan makhluk durjana yang ada padanya begitulah seterusnya semakin lama dan semakin banyak perkongsian kekotoran ini.

Seelok eloknya mengambil wuduk mengunakan paip yang mana air jatuhan mengalir ke saluran dan dibuang ke tanah, tanah sifatnya boleh menyucikan banyak jenis kotoran.

10 Ogos 2014

JANGAN TONTON FILEM HINDUSTAN/TAMIL

JANGAN TONTON FILEM HINDUSTAN/TAMIL DAN YANG SEERTI DENGANNYA

Pelakon banyak mengamal amalan madian bunga maka banyak syaitan dalam diri mereka tambahan lagi mereka kebanyakkannya hindu.

Amalan madian bunga juga popular di kalangan masyarakat melayu malah banyak tempat memberi perkhidmata SPA.

sesiapa buat amalan mandi bunga, mandi limau, mandi daun daun sintuk sesiapa yg dapat menilai boleh membezakanya. Salah satu kesannya sembahyang dah hilang khusuk. orang yang melihatnya menjadi tertarik kena syihir walaupun tak cantik tetapi mengila kalau boleh nak kawin terus.

bila anda tonton filem yang banyak unsur syirik dan mengamalkan kebathilan segala syaitan yang anda tonton dan seronok akan masuk kedalam diri anda dan kesannya anda jadi tungangan syaitan dan macam-macam ketidak selesaan serta perkara negative akan menimpa anda.

30 April 2014

AKTIVITI MEMBAKAR KEMENYAN/GHARU MENGUNDANG SYAITAN

Aktiviti membakar kemenyan atau gaharu kebanyakkan dilakukan oleh pengamal pengamal ilmu hitam seperti bomoh, pawang dan dukun. Ada juga ia diamalkan dalam majlis kenduri kesukuran oleh sesetengah masyarakat, di masjid, masjid india dan rumah rumah. Di tanah arab juga aktiviti ini meluas diamalkan dan terdapat banyak jenis kemenyan dan berbagai bagai bauan. jika anda berjalan-jalan di kedai-kedai sekitar madinah terdapat juga peniaga menjual batu kemenyan berketul ketul boleh tahan juga besarnya dan peralatan membakar kemenyan dari yang sekecil-kecil sehinggalah yang begitu besar sama ada mengunakan bahan pemanas elektrik dan sebagainya.

Apakah kesan dan akibat amalan membakar kemenyan? adakah ia hanya sekadar suka-suka untuk mendapatkan bau haruman ada yang berbau kurang enak dan ada juga yang bau pening macam colok cina?

Sesiapa yang dibukakan hijab oleh Allah akan dapat melihat dan merasai kesan dari aktiviti membakar kemenyan atau gaharu. Kesannya ialah syaitan, jin dan sekutu sekutunya sangat suka dengan amalan ini dan akan datang berduyun duyun ke majlis tersebut serta dengan mudah memasuki tubuh orang yang membuat dan menjadikan tubuhnya sarang makhluk halus durjana. orang yang dijadikan markas oleh makhluk durjana akan sangat mudah dikawal dan dihasut ke arah kejahatan dan berbagai bagai lagi sifat buruk akan diperolehi seperti panas baran, sembahyang tidak khusuk, malas solat, keyakinan kepada Allah bolak balik, hati resah gelisah, hidup tak tentu arah dan banyak lagi keburukan.

Adalah dinasihatkan supaya jangan buat amalan aktiviti membakar kemenyan/gaharu/colok walau apa alasan sekalipun.

Ada juga sesetengah negeri oleh kerana kejahilan para pemimpin mereka mengalakkan menanam kayu gaharu untuk pasaran komersal seperti negeri kelantan dan beberapa negeri yang lain.

30 Mac 2014

MENUNAIKAN UMRAH 31 MAC HINGGA 10 APRIL 2014

InsaAllah berangkat ke tanah suci pada jam 2.20 pagi waktu malaysia.

Doakan segalanya selamat dan dimudahkan Allah.

kepada yang hendak membuat temujanji harap bersabar dan boleh menghubungi semula setalah kembali ke tanah air.

11 Januari 2014

OPERASI MENCABUT SAKA DI SANDAKAN SABAH PADA 23 OKTOBER 2013

Lokasi Terlibat

1. Kota Kinabatangan
2. Tawau Kolej
3. Institut Perguruan
4. Kampung Kuala
5. KB Pantai Apit
6. Brungis Tuaran
7. Sembulan

OPERASI MENCABUT SAKA DI PADANG INDONESIA 10 SEPTEMBER HINGGA 15 SEPTEMBER 2013

Bertolak dari  KLIA ke Lapangan terbang Minangkabau


Perjalanan dari padang ke tapan menaiki kereta sejauh 200 km bertolak dari pukul 4.00 petang tiba pukul 10.00 malam waktu Indonesia. keadaan jalan bertar tetapi kecil satu lorong.

Lokasi terlibat

1. Padang
2. Tapan
3. Muaraiman
4. Bangkor

10 Julai 2013

OPERASI MENCABUT SAKA DI SEMENANJUNG MALAYSIA BULAN NOVEMBER & DISEMBER 2012

20 NOVEMBER 2012

MEMBUAT PENERANGAN BERKENAAN ILMU HAQ DAN ILMU BATHIL
Di Hulu Langat Selangor

GROUP 1
22 NOVEMBER 2012 OPERASI MENCABUT SAKA DI LOKASI:
Parit ...
Batu Gantung Pulau Pinang
Jalan Perak Pulau Pinang
Baling Kedah
Pangsun Seribu Kedah
Kuala....

GROUP 2

Kampung Baru Kuala Lumpur
Kampung Melayu Subang
Kampung Bangau Temerloh
Kampung Koboi temerloh

GROUP 3
OPERASI MENCABUT SAKA DI LOKASI:

Jalan 2222 Petaling Jaya Selangor
Kelang Selangor
Jenjarum Selangor
AU Dato Keramat
Lembah Bilut Pahang
Kampung Api-Api Pontian

GROUP 4

8 DISEMBER 2012 OPERASI MENCABUT SAKA DI LOKASI:
Seksyen 21 Shah Alam Selangor
Seksyen 22 UJS Subang Jaya
Seksyen 19 Petaling Jaya




30 November 2012

OPERASI MENCABUT SAKA DI SABAH DAN LABUAN

LOKASI MENCABUT SAKA

Membantu hamba Allah untuk mencabut saka dan menyelesaikan masalah ganguan.

27 Oktober 2012
Bertolak dari Petagas Kota Kinabalu menuju Western Beufort dan meneruskan perjalanan ke
Layang-Layang Labuan.


OPERASI MENCABUT SAKA PADA: 3,4,5,6,7 November 2012

-LOKASI TERLIBAT:

-Marongis Ranau

-Gosabun Keningau

-Kampung Baginda Keningau

-Labuan


*Kepada Individu yang memerlukan bantuan atau berminat mempelajari teknik untuk menyelesaikan masalah ganguan makhluk halus silalah buat temujanji.


21 Oktober 2012

BERDOA

YA ALLAH ENGKAU BERILAH HARTA DENGAN HARTA ITU AKAN MENDEKATKAN AKU DEKAT DENGAN MU.

YA ALLAH ENGKAU LINDUNG DAN JAUHKAN HARTA YANG AKAN MENYEBABKAN AKU JAUH DENGAN MU.

YA ALLAH ENGKAU DEKATKANLAH MANUSIA-MANUSIA YANG MENYEBABKAN AKU DEKAT DENGAN MU.

YA ALLAH ENGKAU LINDUNG DAN JAUHKANLAH MANUSIA-MANUSIA YANG MENYEBABKAN AKU JAUH DENGAN MU.

YA ALLAH ENGKAU DEKATKANLAH MANUSIA-MANUSIA PADA KETIKA PERTEMUAN MENYEBABKAN AKU DEKAT DENGAN MU DAN ENGKAU LINDUNG DAN JAUHKANLAH PADA KETIKA PERTEMUAN MENYEBABKAN AKU JAUH DENGAN MU.

20 Oktober 2012

MENCABUT SAKA DI SUNGAI MANILA, TANJUNG PISAU SANDAKAN SABAH

15 Oktober 2012 Bertolak dari kota kinabalu menaiki pacuan 4x4 ke sandakan menolong hamba Allah dalam operasi mencabut saka dan memulangkan 20 ilmu bathil. Lokasi yang terlibat adalah:

1. Bukit Garam

2.  Sinar Jaya

4. Sungai Manila

5. Tanjung Pisau

Alhamdulillah operasi berjalan lancar

17 Oktober 2012 pulang ke Kota Kinabalu menaiki kapal terbang.

10 Oktober 2012

Operasi 10 September 2012 hingga 6 Oktober 2012

OPERASI MENCABUT SAKA DAN MENOLONG ORANG YANG MENGHADAPAI GANGUAN.

10 September 2012 hingga 6 Oktober 2012

1. Parit Mahang Selangor

2. Jeram Selangor

3. Traci Kuala Pilah Negeri sembilan

4.Kampung Talang kuala Pilah Negeri Sembilan

5. Kuang Selangor

6. Rengit Johor

7. Masai Johor

8. Batang Kali, Rasa Selangor

9. Trung Perak

Alhamdulillah operasi berjalan lancar dan membuahkan hasil.

10 September 2012

OPERASI DI SIPITANG SABAH DAN SIBU SERAWAK 28 OGOS 2012 HINGA 10 SEPTEMBER 2012

OPERASI DI SIPITANG SABAH DAN SIBU SARAWAK 28 OGOS 2012 HINGGA 10 SEPTEMBER 2012

Bertolak dari Kuala Lumpur 28 Ogos 2012 ke kota kinabalu  Sabah untuk menunaikan undangan keluarga hamba Allah untuk membantu mencabut saka dan menyelesaikan ganguan yang membelengu selama ini.

Lokasi Terlibat

Kampung Bangsal Sipitang Sabah

Pitas, Keningau,

Engkalat Sibu Sarawak

Bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan meneruskan undangan seterusnya.

31 Ogos 2012

USTAZ DON DANIYAL DISELUBUNGI MAKHLUK HALUS DURJANA

Maklumat yg disampaikan bagus dan banyak yang betul. Bila dilihat dari pandangan bathin beliau banyak diselubungi makhluk halus durjana. Apabila melihat gambar dan mendengar perkataan beliau bagi sesiapa yang faham dari sudut bathin akan rasa pedih semacam tikaman ke dalam hati hasil kesan makhluk durjana yang menjadikan diri beliau tempat tinggal makhluk halus durjana. kasihan kepada para peminat dan pendengar beliau kerana makhluk halus durjana terselit sama dengan ilmu yang disampaikan dan boleh berpindah kepada mereka yang mengambil dan mempelajari ilmu dengannya.

Tahap makhluk halus durjana yang menyelubungi beliau boleh dikatakan pada tahap yang agak teruk dan berat jika ia berterusan suatu hari nanti beliau mungkin jatuh tak tentuarah.

saya sudah beberapa kali mengirim pesanan kepada beliau melalui FB untuk bermuzakarah dan menawarkan kaedah pembersihan makhluk durjana agar beliau boleh terus berdakwah tanpa ganguan dan diselubungi makhluk halus durjana.

Tujuan saya maklumkan perkara ini kerana saya kesihan kepada umum yang terkena zulumat tanpa disedari dan juga saya ingin bantu beliau terus berdakwah tanpa terselit zulumat. Saya harap ustaz sudi menghubungi saya untuk muzakarah dan proses pembersihan.

28 Ogos 2012

OPERASI MENCABUT SAKA 1 JULAI 2012 HINGGA 26 OGOS 2012

OPERASI PERKHIDMATAN MENCABUT SAKA DAN MENOLONG ORANG YANG MENGHADAPI MASALAH GANGUAN MAKHLUK HALUS DURJANA
1 JULAI 2012 HINGGA 26 OGOS 2012.

Destinasi

1. Cangkat Jering perak
2. Balik pulau, pulau pinang.
3. Pantai Remis Perak.
4. Ipoh & kuala kurau Perak.
5. Negeri Sembilan.
6. Padang Rengas Perak.
7. Sungai Perlong, Paya Jaras Selangor.
8. Cangkat Petai Perak keluarga karkun.
9. Kampung Padang Langit Perlis.
10. Pulau Pinang.
11. Pasir Gudang Johor Baharu
12. Paya Rumput Melaka
13. Ulu Bertam Melaka.
14. Parit Sakai Laut Muar Johor.

kepada sesiapa yang perlukan perkhidmatan silalah buat temujanji.

Operasi seterusnya 28 ogos 2012 ke Sipitang Sabah dan Sibu serawak.

01 Julai 2012

MENCABUT SAKA DI BILIT, SAPI NANGOH, PINANGAH SABAH


1 Jun 2012 Bertolak dari Kuala Lumpur ke Sandakan Sabah operasi mencabut saka di Bilit Tawau, Sapi Nangoh, Pinangah danTuaran. Perjalanan ke Pinangah menaiki bot dari Telupit melalui sungai kinabatangan mengambil masa 5 jam satu cabaran yang perlu ditempuhi jalan darat hanya boleh dilalui mengunakan keanderaan pacuan empat roda.

20 Jun 2012 perjalanan diteruskan ke Tuaran dan kota kinabalu.

1 Julai 2012 pulang dari Kota Kinabalu berlepas 10.15 malam tiba di kuala lumpur 12.45 am(2 julai) .

Terimakasih kepada orang-orang yang berada Sabah yang memberikan sambutan yang mengalakkan semoga kita akan berjumpa lagi.

kepada orang-orang yang sedang menunggu diharap dapat bersabar semoga kita akan berjumpa InsyaAllah.

23 Jun 2012

MEMATIKAN POKOK KAYU ARA TEMPAT RUMAH MAKHLUK DURJANA


Pokok kayu ara merupakan sejenis pokok yang hidup meliar mudah hidup di mana-mana malahan pokok kayu ara boleh membesar sebegitu besar dan rimbun. Pokok kayu ara sukar dan degil untuk dimatikan walaupun ditebang tunas akan tumbuh semula, melalui akar, biji juga ia boleh membiak dan hidup dicelah-celah batu malah diatas tembok pagar, bangunan-bangunan pun boleh hidup subur.

Setelah sekian lama memikirkan kaedah mematikan pokok kayu ara tidak ditemui kali ini saya telah berjaya mematikan pokok kayu ara sehingga ke akar umbi.

Ada yang memberi maklumat mengunakan minyak diesel dan sejenis racun blazer 250 di takik pada pokok dan disapu dibeberapa bahagian batang pokok.

mula-mula mengunakan racun spark dicampur dengan racun Ally disembur ke daun kesannya nampak ada sedikit tanda2 daun sedikit hijau kekuningan namun masih segar.
Percubaan kedua mencampurkan 3 jenis racun Spark, Ally dan Blazer 250 disembur ke daun pokok kayu ara yang daunnya merimbun segar setelah seminggu daun mula menunjukkan tanda-tanda mahu menguning, masuk minggu kedua daum bertambah ketara kekuningan dan selang beberapa hari berikut daun macam melecur makin menampakkan tandatanda mengering. harap-harap batang dan pangkal akan mati
 BLAZER 250
ALLY


KESAN PERINGKAT PERMULAAN
KESAN DALAM MASA LEBIH KURANG DUA MINGGU
KESAN TIGA HINGGA 4 MINGGU
DAUN DAUN MULA BERGUGURAN

Dibawah ini anak pokok kayu ara yang tumbuh dicelah-celah batu walaupun tiada hujan dan kering namun ia masih mampu hidup subur berdaun hijau.
percubaan mengunakan racun Blazer 250 disapu ke daun mengunakan berus.

Racun Blazer 250 dicampur dengan minyak diesel memberikan kesan yang lebih cepat dan kuat mematikan pokok.


31 Mei 2012

MENCABUT SAKA DARI JENGKA, ULU TIRAM, BESUT, TANAH MERAH, SAUK PERAK

Bermula 23 Mei 2012  mencabut saka dari Jengka Pahang, 24 di Besut Terengganu, 26 di Tanah Merah Kelantan, 28 di Kuala Lumpur, 29 di Ulu Tiram, Johor Baharu, 30 di Sauk Perak, 31 di Kajang Selangor.

kepada yang belum dapat temujanji harap bersabar dan mohon maaf.

rajin-rajinlah berhubung siapa cepat buat temujanji akan segera diberi perkhidmatan.

1 Jun 2012 bertolak dari Kuala Lumpur ke Sandakan untuk Operasi seterusnya.


06 April 2012

OPERASI MENCABUT SAKA DI SUNGAI KINABATANGAN SABAH

3 & 4 APRIL 2012

Bertolak dari kota kinabalu ke sungai kinabatangan untuk mencabut saka.
selama dua malam berada di kinabatangan berhampiran sukau operasi mencabut saka keluarga hamba Allah yang memerlukan bantuan.

Alhamdulillah operasi berjaya.

kepada orang ramai yang berhajat mencabut saka dan menyelesaikan apa jua masalah ganguan makhluk halus silalah buat temujanji.

sekarang sehingga 25 April berada di negeri sabah untuk membantu orang2 di sana.

25 April akan pulang ke Kuala Lumpur kepada yang sedang menanti harap sabar semoga akan berjumpa nanti.